Thursday 29 October 2015

Pelajar Tingkatan 4 Merungut Kerana Tidak Diberi Cuti Sekolah

Tak tahu sama ada ia perkara normal atau tidak. Tetapi, itulah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah apabila mereka tidak diberi cuti sekolah.


Maksudnya di sini, bukannya sekolah tu tidak bagi cuti langsung. Tapi mereka hanya menangguh cuti sekolah sehingga 20 November 2015.

Penangguhan cuti sekolah ini bukan sahaja dikenakan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4, malah, mereka juga memberi penangguhan cuti sekolah kepada para pelajar tingkatan 3.

Sekali dah macam berita la pula..ok lah. Saya ni tak lah tahu sangat pasal peraturan macam ni. Tapi, ada lah kawan saya bagitau, yang anak kawan dia terpaksa sekolah walaupun ketika peperiksaan SPM sedang dijalankan.
Saya tulis artikel ni, sebab saya nak tanya. Boleh ke macam tu? Sebab kesian juga lah. Kawan saya pun agak marah jugalah walaupun bukan dia yang sekolah. Hmm..

Tambahan lagi, pelajar-pelajar tu pun ramai yang merungut. Malah ramai juga yang sudah menyatakan enggan menghadiri sekolah ketika bulan november.

Sekolah tu pun kononnya agak mengada-ngada. Kalau tak suka, sila pindah sekolah katanya. Dah tu kau bagitau masa dekat-dekat cuti hujung tahun, takkan diorang nak pindah sekolah. Ranjau.. Kalau kau bagitau awal-awal, rasanya dah ramai yang pindah sekolah.

Dah dah dah. Jangan tanya pula sekolah mana. Kang aku yang kena. Tapi kalau boleh, sebarkan hal ni. Manalah tau, pengetua sekolah tu berubah hati dan terus bagi cuti jumaat ni.

Jangan lupa bagi jawapan untuk soalan saya di ruangan komen bagi yang tahu.

No comments:

Post a Comment