Wednesday 30 November 2016

Cara-cara Merawat Cagu

cara-merawat-cagu
Sumber
Cagu atau ingrown toenail adalah keadaan di mana kuku biasanya pada ibu jari kaki tumbuh menembusi isi ibu jari kaki dan menyebabkan bengkak yang amat sakit macam. Cagu bukan sahaja menyakitkan, namun menyukarkan pergerakan kita menyebabkan kehidupan kita semakin sukar. Oleh itu, cagu hendaklah dirawat sebelum ia menjadi lebih kritikal.

Cara-cara merawat cagu :

(1) Rendam kaki yang ada cagu ke dalam bekas yang berisi air suam dan garam selama 15 minit sebanyak 2 kali sehari. Cara ini akan membantu mengurangkan bengkak dan garam yang merupakan anti-bakteria akan bertindak membunuh kuman pada cagu. Pastikan anda keringkan cagu anda dengan kain atau tisu yang bersih sehingga betul-betul kering.

(2) Pastikan kaki anda sentiasa kering kecuali ketika melakukan kaedah nombor (1).

(3) Bersihkan cagu setiap hari dengan antiseptik. Caranya, ambil tisu atau kapas dan letakkan antiseptik. Kemudian sapu dengan berhati-hati (salah langkah, merana) di cagu anda. Lakukan dua kali sehari atau selepas melakukan aktiviti yang mengotorkan kaki anda.

(4) Jangan potong cagu! Ia akan lebih memudaratkan. Sebaliknya jadilah lelaki sejati atau wanita yang kuat dengan menghadapi cabaran mempunyai cagu dengan tabah sehingga kuku tumbuh dan pulih sepenuhnya. Memotong cagu sendiri juga boleh menyebabkan jangkitan kuman yang datang daripada pemotong kuku.

(5) Elakkan memakai kasut yang sempit. Pakailah kasut yang lebih besar saiznya atau selipar. Namun selipar tidak menghalang kuman luar daripada terkena cagu manakala kasut anda (yang mungkin berbau dan bertoksik) mempunyai kuman. Oleh itu, bersihkan kaki anda menggunakan kaedah (1) atau (3) ketika berada di rumah selepas membuka kasut atau selipar.

(6) Gunakan kaedah rawatan tradisional. Antaranya ialah menggunakan daun inai. Caranya ialah menghancurkan daun inai dan meletakkannya di kawasan cagu sehingga kering. Ulang kaedah ini setiap hari.

(7) Jangan sesekali usik cagu! Mengusik cagu boleh membawa menyebabkan jangkitan daripada tangan anda. Selain itu, ia akan menyebabkan dorongan dan godaan syaitan untuk memotong cagu yang merupakan tindakan yang tidak baik.

(8) Gunakan kapas untuk diletakkan di antara kuku dan kulit di cagu anda. Ini bertujuan untuk memisahkan kuku dan kulit agar tidak luka atau mengurangkan bengkak. Pastikan kapas tersebut bersih dan sudah diletakkan antiseptik atau rendaman air garam yang suam.

(9) Gunakan pembalut luka untuk melindungi cagu anda. Pastikan tidak terlalu ketat dan sentiasa diganti dan dibersihkan.

(10) Jika cagu masih sukar dirawat dan semakin teruk, jumpa doktor dan dapatkan nasihat serta ubat khas daripadanya.





MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Bila cagu sudah sembuh, atau anda tidak pernah mempunyai cagu, cegahlah cagu dengan...

1. Jaga kebersihan khusunya di jari-jari dan kuku anda.

2. Elakkan memakai kasut yang sempit.

3. Potong kuku dengan betul iaitu tidak memotong terlalu dalam.

No comments:

Post a Comment