Wednesday 30 November 2016

30 Fakta Mengenai Deadpool

1. Deadpool adalah watak tiru yang disengajakan oleh Rob Liefeld sebagai gurauan. Rob Liefeld yang merupakan peminat komik Teen Titans dari DC mengaku meniru watak DC, Deathstroke. Nama Wade Wilson juga diambil sempena dari nama sebenar Deathstroke, Slade Wilson.

2. Deadpool adalah orang Kanada dan berbangga dengannya. Dalam filem Deapool 2016, terdapat satu babak di mana Deadpool menjerit "O Canada!' yang juga adalah tajuk lagu kebangsaan negara itu.

3. Deadpool dikatakan hidup abadi. Bukan kerana kebolehannya yang mampu sembuh dengan sangat pantas tapi kerana sumpahan Thanos yang membuatkan Deadpool tidak akan mati.

4. Ryan Reynolds mengaku kecewa dengan watak Deadpool dalam filem X-Men Origins : Wolverine.

5. Loki pernah sumpah Deadpool supaya kelihatan seperti Tom Cruise.

6. Captain America adalah antara Superhero yang sangat hormat terhadap Deadpool manakala Deadpool menganggap Captain America sebagai wiranya dan mendapat inspirasi darinya untuk menyertai program Weapon-X.

7. Deadpool pernah bunuh semua watak dalam Marvel.

8. Antara Deadpool dengan Wolverine, siapa lebih cepat sembuh? Deadpool! Walaupun kebolehan itu sebenarnya diambil dari Wolverine, namun Deadpool pernah dihancur dan dikoyak oleh Hulk. Menyangka Deadpool sudah mati, Hulk tertidur dan kembali ke bentuk manusianya. Di situlah di mana Deadpool mengambil kesempatan membunuh Hulk.

9. Sahabat baik Deadpool antaranya ialah Spider-Man. Namun dia juga berkawan dengan hantu atau roh Ben Franklin.

10. Deadpool Corp sebenarnya wujud dan dianggotai oleh Deadpool dan Deadpool yang lain daripada dimensi yang berbeza. Antara ahlinya ialah, Ladypool, Kidpool, Headpool dan Dogpool.

11. Di filem Deadpool 2016, kebolehan Deadpool menyebabkan kanser yang dihidapinya pulih. Berbeza dengan versi komik, Deadpool tidak sembuh malah kansernya menjadi lebih teruk menyebabkan kulitnya bertukar menjadi buruk sehingga pembedahan plastik pun tidak dapat mengubahnya. Sebab utama dia masih hidup ialah kebolehannya untuk sembuh dengan cepat. Dia juga mendapat kebolehan itu daripada sampel darah Wolverine.

12. Terdapat cinta tiga segi antara Deadpool, Death dan Thanos.

13. Antara kuasa atau kebolehan Deadpool yang ialah ketangkasan dan ketahanan luar biasa. Dia juga mempunyai kekuatan manusia super.  Tapi tidaklah sekuat Colossus atau Superman tapi lebih seperti Captain America.

14. Deadpool biasa menderma organnya. Ia adalah perkara mudah baginya kerana organ yang dikeluarkan akan tumbuh semula.

15. Deadpool sudah berkahwin banyak kali. Dia juga pernah bercinta dengan Black Widow.

16. Deadpool pernah digoda oleh perempuan bernama Carmelita Camacho. Setelah kematiannya, Deadpool mendapati anak Carmelita, Eleanor adalah anaknya juga. Deadpool kemudian menyelamatkan Eleanor setelah dapat tahu  dia diculik. Hak penjagaan Eleanor diserahkan kepada kawannya, Emily Preston (dari S.H.I.E.L.D) untuk merahsiakan hubungannya dengan Eleanor. Deadpool juga berpindah berhampiran rumah Eleanor.

17. Pelakon Deadpool (2016), Ryan Reynolds mula berlakon pada tahun yang sama Deadpool diperkenalkan di komik Marvel.

18. Peminat sentiasa menjadikan Deadpool dan Harley Quinn sebagai pasangan. Kononnya Harley Quinn lebih secocok dengan Deadpool berbanding Joker.

19. Filem Deadpool (2016) adalah antara 5 filem Superhero dengan bajet rendah iaitu 58 juta dollar dan dirakam dalam masa 48 hari sahaja.

20. Filem Deadpool diharamkan di China sedangkan China adalah pasaran kedua terbesar Hollywood. Namun filem Deadpool masih mampu mencatat keuntungan melebihi 700 juta dollar.

21. Kostum Deadpool dalam filemnya pada asalnya mempunyai lapisan otot tetapi dikeluarkan kerana Ryan Reynolds sendiri sudah cukup berotot dan ia akan membuatkannya berasa sempit dan terlebih besar.

22. Masih ingat "Dopinder" dalam filem Deadpool (2016)? Dopinder sebenarnya sempena nama seorang "lelaki yang sangat hebat" yang dikenali Ryan Reynolds ketika di sekolah rendah. Namun meninggal dunia setelah disambar petir.

23. Kebolehan Deadpool yang sangat luar biasa ialah "fourth wall breaking" (menembus dinding keempat) di mana dia sedar dia berada di dalam komik atau wayang. Watak Marvel lain yang mempunyai kebolehan ini antaranya adalah She-Hulk.

24. Deadpool pernah menyebut nama Ryan Reynolds di komik 2004. Ia memberi dorongan kepada Ryan Reynolds untuk memegang watak Deadpool.

25. Masih ingat watak Negasonic Teenage Warhead yang telah menjadi antara watak kegemaran ramai di filem Deadpool? Kebolehan Negasonic di buku komik pada asalnya ialah telepati dan boleh meramal peristiwa masa hadapan. Namun kebolehannya ditukar supaya lebih sesuai dengan namanya.

26. Masih ingat watak Vanessa? Vanessa Geraldine Carylsle adalah seorang pelacur yang juga kekasih Wade Wilson sebelum menjadi Deadpool namun dia meninggalkannya apabila mendapati dirinya mempunyai kanser. Mereka bertemu semula setelah Vanessa menjadi mutant yang boleh berubah bentuk yang juga dikenali sebagai Copycat.

27. Deadpool banyak kali memujuk Spider-Man agar menjadi kawan rapatnya dan dianggap 'bromance' yang paling berterusan dalam sejarah buku komik.

28. Deadpool mempunyai tempat yang khas untuk kanak-kanak, haiwan dan orang-orang yang memerlukan.

29. Satu-satunya ketakutan Deapool adalah lembu dan kelemahannya ialah anak kucing dan senjata anti penjanaan semula.

30. Dalam filem Deadpool 2016, Deadpool adalah panseksual.

Sumber : http://bit.ly/2giucWO ,unbelievable-facts.com ,screenrant.com , wikipedia

Sumber gambar : google images

No comments:

Post a Comment