Sunday 4 December 2016

Adakah Nescafe Adalah Kopi?

Sudah tahun 2016 dan akan diganti dengan tahun 2017, tapi entah kenapa masih ada 'perdebatan' pasal nescafe dan kopi. Kebanyakan orang yang admin jumpa masih tak percaya nescafe adalah kopi. Mereka beranggapan nescafe dan kopi adalah dua minuman yang berbeza. Untuk mengelakkan salah faham pasal benda alah ni merebak, admin putuskan nak buat satu artikel pasal kopi dan nescafe.

Sebelum tu, biar admin terangkan sedikit pasal sejarah nescafe. Nescafe adalah produk kopi segera yang dimiliki oleh syarikat Nestle. Nestle mula mengusahakan jenama kopi segera pada tahun 1930, ketika pemerintah Brazil pertama kali mendekali syarikat Nestle. Pihak dari Institut Kopi Brazil  meminta Nestle mengawetkan lebihan kopi mereka yang sangat banyak dengan cara mengembangkan produk kopi yang dapat larut dalam air panas.

Ahli kopi, Max Morgenthaler dan pasukannya adalah yang terlibat. Mereka berusaha mencari cara menghasilkan kopi yang berkualiti yang dapat dibuat dengan mudah dengan hanya menambahkan air tetapi dapat mempertahankan rasa dan aroma kopi.

Akhrinya, setelah tujuh tahun membuat kajian di makmal Nestle di Switzerland, mereka berjaya menghasilkan kopi yang dipanggil kopi segera (instant coffee). Mereka menamakan produk terbaru mereka (ketika itu) Nescafe, iaitu gabungan dari dua perkataan Nestle dan Cafe. Nescafe menjadi kopi segera yang pertama menemui kejayaan secara komersial di Switzerland pada 1 April 1938.

Kopi segera seperti Nescafe bukanlah perkara yang baru ketika itu. Seorang ahli kimia Jepun telah menemukan idea tersebut pada tahun 1901 dan telah dipasarkan oleh perusahaan lain namun tidak menemui kejayaan seperti Nescafe.

Dah baca? Bagus. Seperti yang anda dapat baca, Nescafe adalah produk kopi segera atau instant coffee yang dimiliki oleh syarikat Nestle. Nescafe sememangnya KOPI dan bukan minuman lain.

Mengapa ramai orang tak percaya Nescafe adalah kopi?

Sebab rasa yang berbeza. Mereka beranggapan Nescafe bukan produk kopi sebab kopi lebih pahit dan tiada perkataan "kopi" dalam perkataan "Nescafe". Boleh jadi juga sebab salah faham sejarah sebab menyangka Nescafe dahulu menghasilkan produk berasaskan koko dan bukan biji kopi. Maafkan admin kalau silap, tapi bukankah itu sebenarnya kegiatan syarikat Nestle? Nestle adalah sebuah syarikat dan Nescafe adalah salah-satu produk mereka.

Jadi, biar admin jelaskan lagi pasal Nescafe dan kopi. Kopi adalah minuman yang mengadungi kafein yang berasaskan biji kopi. Nescafe adalah jenama produk kopi yang dimiliki oleh Nestle.

"Nescafe lain. Kopi lain. Kau ingat Nescafe ni sama macam kopi cap harimau botak?"

Belajar sejarah dahulu. Benda ni benda alah sebenarnya. Dah namanya NESCAFE. Gabungan perkataan "Nestle" (nama syarikat) dan Cafe, (yang juga bermaksud coffee atau kopi).

Haish....

Sumber dan kredit kepada : putratua.wordpress.com dan wikipedia

Sumber komik Sabahan : Hmm

5 comments:

  1. Saya boleh minum kopi selain brand Nescafe, bila minum coffee Dr Brand Nescafe mesti angin dan jantung laju serta bdn jd cm menggeletar. Tapi tidak pd coffee cap2 kampung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sbb nescafe adalah kopi segera dari extrak dan pati kopi. Kopi kampung tu adalah biji kopi yg dikisar dan ditambah 40% bahan lain dipanggil kopi campuran. Ada juga yg 100% biji kopi yg dikisar.. kopi yg dikisar 100% memakan masa sedikit untuk pekat dan larut dalam air. So sesetengah menggunakan coffee maker.

      Delete
  2. Nescafe tu kopi segera. Kopi tu kopi yg dikisar dari biji kopi. Sama ada dikisar dan dicampur dgn bahan lain menjadi kopi campuran atau 100% dikisar dari biji kopi.

    ReplyDelete
  3. Huhu.. saya peminat tegar nescafe.. minum sejak dr zaman sekolah lagi.. tapi sekarang boikot sbb jenama nestle, tau² la kan.. dah try kopi jenama lain tapi xbrapa nak serasi huhuhu

    ReplyDelete