Saturday 3 December 2016

Cara Nak Dapat A Bahasa Inggeris

cara-dapat-a-bahasa-inggeris
Ramai orang tanya admin, macam mana nak dapat A dalam peperiksaan Bahasa Inggeris? Jadi admin putuskan nak buat satu artikel pasal cara dapat A dalam subjek ni terutama sekali kepada pelajar-pelajar yang nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.
1.    Belajar dan Kuasai Asas Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris.

Grammar sangat penting dalam Bahasa Inggeris. Grammar yang sempurna akan menjanjikan markah yang banyak. Malah, soalan berkaitan grammar ada dalam kertas 2 Bahasa Inggeris.  Di kertas 1, grammar memainkan peranan untuk menjadikan jalan cerita anda lebih menarik atau sekurang-kurangnya menarik perhatian pemeriksa.

Contohlah, jika anda buat karangan pasal “mabuk ketum”. Dah bunyi pun entah apa-apa tapi bayangkan jika grammar anda sangat baik. Pemeriksa pun mungkin akan rasa “wah, boleh tahan budak ni”. Sudah tentu, automatic dia akan rasa teruja untuk baca karangan anda.

2.    Belajar Perkataan Baru Setiap Hari.

Setiap hari, kita mungkin akan terjumpa satu perkataan English  yang jarang kita dengar.  Sebagai contoh, “hemorrhage” bermaksud “pendarahan”.

Bagaimanakah cara untuk mencarinya?

Cara termudah untuk mencarinya adalah melalui laman social. Macam biasalah, layan  page-page yang berbahasa Inggeris, kemudian baca post atau komen-komen. Biasanya ada perkataan yang kita tak tahu maksud sebenarnya tapi berlagak tahu. Hmm….

Cara kedua, cara yang admin biasa gunakan ialah melalui wayang.

Biasanya, kalau tengok filem, admin akan pasang subtitle Bahasa Inggeris  untuk filem yang menggunakan Bahasa Inggeris tapi bukan sebab nak belajar, tapi sebab kadang-kadang subtitle Bahasa Melayu pun macam hampeh tak betul. Lagipun subtitle tak penting sangat sebab cuma admin nak tangkap apa yang mereka cakap.

(Iklan, baca juga Cara Menguasai Bahasa Inggeris)

Tapi, biasanya ada perkataan baru yang admin belum pernah jumpa. Jadi admin akan google maksudnya dan sambung tengok wayang. Sebab tu lah lebih bagus tengok wayang di laptop sebab boleh pause.

3.    Sediakan Nota Sendiri.

Bila dah jumpa perkataan baru dan sudah tahu maksudnya dalam Bahasa Melayu, sedarilah kita mudah lupa. Lain lah kalau kau macam Professor X.  Jadi sentiasa sediakan nota.

Atau kalau malas, ambil screenshot. Biasanya admin akan screenshot terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Contoh macam di bawah…
cara-dapat-a-bahasa-inggeris

Nampak. Dah beratus screenshot macam ni kat henset admin. Belum kira ratusan lain di laptop. Huhu

Lepastu, luangkanlah sehari 2 – 3 minit untuk baca. Alah… baca ayat cinta yang ngarut tahap babi boleh, takkan ni tak boleh…….ranjau.

4.    Belajar Semua Jenis Karangan!

Kesilapan biasa yang admin nampak dalam kalangan guru-guru tak kira apa subjek pun (atau cuma guru-guru sekolah admin dulu. Hmm…) ialah mereka ‘terlebih’ focus mengajar soalan ramalan.
Contoh, kalau tahun ni SPM diramalkan akan keluar soalan berbentuk ‘report’ di karangan bahagian A kertas 2 Bahasa Inggeris, maka cikgu pun entah dah kenapa boleh ajar benda ni sampai benda lain pun kurang sangat ajar.

Itu silap!

Jangan terlalu focus dengan soalan ramalan. Sebab biasanya, ramalan tak menjadi. Macam tahun ni, admin dengar soalan ramalan adalah “A”, tapi bila keluar, bukan “A” bukan juga “B” tapi  “Z”. Dan memandangkan tak banyak sangat belajar benda ni, maka tak dapat lah nak jawab dengan mudah.

5.    Sentiasa Berimaginasi.

Jangan nak ngada berangan benda lain. “Berimaginasi” yang admin maksudkan di sini ialah “dialog”.
Contohnya, masa tengah main Counter Strike, apa salahnya kalau angan-angan yang kau ni askar upahan dari England. Dan memandangkan England menggunakan Bahasa Inggeris, mestilah kau pun cakap B.I kan?

Tapi mesti berdialog.

Contoh, main C.S, nampak musuh 4 orang, cakaplah “Saya nampak 4 musuh bersenjata” dalam Bahasa Inggeris, “I see four armed enemies”.

Bila kita luangkan masa buat benda ni, kadang-kadang kita akan terfikir apa maksud sesuatu perkataan BM dalam Bahasa Inggeis supaya kita boleh terus berdialog.

Untuk lebih membantu, bolehlah melakukannya dengan gaya atau pergerakan. Misalnya, kita imaginasikan diri kita adalah……….hmm…. Diri KAU adalah Superman yang sedang memberi ucapan kepada penduduk Metrobomba, boleh lah pakai tuala di leher dan duduk atas kerusi lalu bercakap.

Admin sarankan supaya buat ni tempat tertutup dan jangan kuat bersuara. Karang kau juga yang jadi bahan fitnah. Hmm..

Atau lebih baik, hanya baring sambal tutup muka dan berimaginasi.
Lagi satu, kalau boleh, CAKAP DALAM HATI untuk mengelakkan pencemaran bunyi. Hmm….

6.    Banyakkan Latihan.

Nak dapat sesuatu, mestilah usaha. Cikgu admin pernah cakap, “otak ni macam otot. Kalau dilatih boleh ‘kuat’ juga”.  Lebih kurang macam tu lah.  Sebab tu lah kena rajin buat latihan khusunya karangan Bahasa Inggeris.

Lepastu, jangan biarkan karangan macam tu sahaja. Minta guru Bahasa Inggeris anda periksa. Tak payah malu nak belajar English. Malulah kalau sombong.
Bila dah diperiksa, kenal pasti kesalahan anda dan perbetulkan. Buat semula dengan lebih berhati-hati.

Ok cukuplah tu. Oh ya, bagitahu admin kalau benda ni bermanfaat dan silakan bertanya kalau mahu. Bagi admin cadangan untuk artikel seterusnya dan admin pasti membantu. Jangan lupa, FOLLOW. Butang ada di bahagian atas bertulis “follow”.

Sumber gambar : google images

ARTIKEL BERKAITAN :
> CARA MENGUASAI BAHASA INGGERIS

No comments:

Post a Comment