Bahasa Inggeris atau English adalah bahasa yang paling banyak digunakan dan dikuasai di seluruh dunia.
Bahasa ini juga adalah bahasa komunikasi atau bahasa perantara yang paling utama.......walaupun sebenarnya kadang menyakitkan hati.
Contoh, orang Amerika (yang menggunakan American English). Kita ke negara mereka, kita mesti bercakap dalam bahasa mereka. Mereka ke negara kita, tetap kita juga yang kena bercakap dalam bahasa mereka (jika berkomunikasilah).
Kembali ke topik asal iaitu Tips dan cara menguasai bahasa Inggeris atau English. Menguasai English memang sukar pada mulanya namun jika anda berusaha dan sudah terbiasa, anda akan lebih fasih.
Ayuh kita mulakan dengan tips yang pertama....
1. FILEM
Biasa tonton filem-filem barat yang menggunakan bahasa Inggeris? Apa kata anda tengok sambil belajar pula.
Caranya mudah. Hanya fokus kepada apa yang disebutkan mereka dan perhatikan sari kata atau subtitle yang tertera di skrin.
Sebenarnya ia tidak lah susah jika terbiasa...
2. MEMBACA.
Membaca adalah antara cara yang efektif untuk mempelajari bahasa Inggeris. Cara nya cukup mudah. Baca dahulu artikel atau novel English. Setelah habis membaca satu petikan atau satu bab, senaraikan semua perkataan yang anda tidak faham lalu cari lah maknanya di dalam kamus atau Internet.
Satu lagi tips di sini, gunakan novel berbanding artikel biasa kerana novel lebih mempunyai perkataan-perkataan English yang lebih unik.
3. GRAMMAR.
Grammar atau tatabahasa adalah penting untuk menyelamatkan diri daripada "grammar Nazi". Pastikan anda betul-betul fahami grammar dan tahu perbezaan-perbezaan seperti "you're dan your", "they dan their", "him dan his" dan sebagainya.
Pastikan juga anda tahu tentang perletakan 's' dalam bahasa Inggeris.
4. KELAS BAHASA INGGERIS.
Hadirilah kelas bahasa Inggeris tidak kira luar atau dalam sekolah. Fokus terhadap setiap yang diajar oleh guru bahasa Inggeris. Cara ini adalah cara yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.
Tips di sini, catat setiap yang dikatakan oleh guru dan cara dia menyebutnya. Seorang guru bahasa Inggeris yang fasih, pasti tahu cara menyebut sesuatu perkataan seperti "should".
Perkataan "should" disebut "shud" (shood). 'L' tidak usah disebut seperti "shu-ld".
5. INTERNET.
Jika anda tidak mampu ke kelas bahasa Inggeris (atau malas), gunakan Internet.
Terdapat banyak laman sesawang yang mengajar bahasa Inggeris. Tidak mustahil anda boleh menguasai English dari Internet.
Sedangkan ada yang mampu menguasai bahasa Jepun dari Internet sahaja, inikan pula English.
6. KOMUNIKASI DAN INTERAKSI.
Anda boleh belajar bahasa Inggeris daripada kawan-kawan anda yang mahir English. Atau lebih baik, belajar terus daripada orang yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan lain-lain.
Namun, bahasa Inggeris mereka mungkin tidak sama seperti yang anda pelajari. Contohnya Inggeris Amerika atau American English, sedikit berbeza berbanding English SEBENAR yang 'murican panggil sebagai British English.
Contohnya, bola sepak dalam English adalah football manakala dalam American English adalah soccer.
Apa-apa pun, anda boleh memilih ingin mempelajari yang mana atau lebih baik, tidak perlu pilih. Belajar semuanya.........................ok saya cadangkan belajarlah English asli. Ia lebih banyak digunakan dan kurang di'troll' berbanding Bahasa Inggeris Amerika. Kalau ada pun, hanya orang Amerika sahaja yang dengan bodohnya mempertikaikan kenapa ejaan beberapa perkataan dalam British English tidak sama seperti English mereka seolah-olah English berasal dari tanah 'Murica.
Itu sahaja buat masa ni. Jika ada soalan, silakan tanya. Kalau sudi, share lah artikel atau blog saya dan jangan lupa, follow blog saya. Sekian, terima kasih.
*'murica = America*
No comments:
Post a Comment