Wednesday 30 November 2016

Ciri-ciri, Gejala, Rawatan dan Pencegahan Virus Zika

ciri-gejala-rawatan-zika
Pengertian virus Zika ialah sejenis virus yang boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali'. Antara penyebab utama demam Zika ialah vektor iaitu nyamuk Aedes yang juga penyebab penyakit bahaya yang berkongsi ciri-ciri yang hampir sama dengan Zika iaitu demam denggi dan chikungunya. Virus Zika pertama kali ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan mula merebak di Hemisfera Barat iaitu di Brazil pada Mei 2015.

Ciri-ciri dan Gejala Jangkitan Virus Zika :

(1) Sakit kepala berpanjangan atau sukar hilang

(2) Ruam pada kulit.

(3) Sakit sendi.

(4) Demam ringan.

(5) Mata kemerahan atau konjunktivitis.


Selain nyamuk aedes, punca jangkitan demam Zika ialah hubungan seks dan ibu hamil yang terkena virus Zika kepada anaknya yang mana akan menyebabkan 'mikrosefali'.

Bagaimanakah merawat demam Zika?

Seperti demam Denggi, Zika belum ada vaksin atau ubat khusus yang boleh merawatnya. Namun terdapat kaedah rawatan yang boleh mengurangkan gejala yang dialami pesakit iaitu :

> Kurangkan bergerak dan berada di rumah sehinggalah gejala sudah habis.

> Minum minuman seperti susu, jus buah-buahan, air barli dan minuman isotonik dengan banyak melebihi 5 gelas sehari.

> Makan ubat demam seperti Paracetamol mengikut nasihat doktor.

> Banyakkan berehat.

> Lap badan dengan air basah untuk mengurangkan panas badan.

Cara-cara mencegah virus Zika.

Ciri-ciri pencegahan virus Zika agak sama dengan virus Denggi iaitu :

> Hapuskan tempat pembiakan nyamuk terutama nyamuk aedes tanpa belas kasihan.

> Elakkan berada di rumah pada awal pagi (4 - 7 pagi) atau senja (4 petang hingga 7 malam).

> Pasang penjaring penghalang nyamuk pada tingkap rumah.

> Sentiasa bergotong-royong membersihkan halaman rumah.

> Jangan biarkan ada takungan air kerana ia adalah punca pembiakan nyamuk. Bersihkan atau letakkan ubat pembunuh jentik-jentik.

> Rajinkan diri mengutip sampah lalu membuangnya ke tong sampah jika ternampak.

> Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang.

> Jangan buang sampah merata-rata macam jahanam.

> Menggunakan repellant untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

> Sembur racun serangga aerosol untuk menamatkan riwayat nyamuk.

> Jangan melakukan hubungan seksual secara semborono dan rambang.

> Pastikan pasangan seks anda tidak dijangkiti virus Zika dengan membawanya ke klinik atau hospital untuk diperiksa.

> Tidur dalam kelambu.

> Paling mudah, sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dengan penuh prihatin.

Setakat ini, sudah dua kes Zika di Malaysia. Semoga rakyat kita dapat dilindungi daripada virus dan demam Zika.

Sumber : http://www.panduanmalaysia.com , http://www.panduansihat.com

Sumber gambar : google image

No comments:

Post a Comment