Sunday 12 June 2016

Cara Menjadi Artis Terkenal

cara-mejadi-artis-terkenal
Menjadi seorang artis terkenal adalah impian bagi sesetengah kita. Untuk menjadi seorang artis, cara nya bukanlah mudah melainkan anda memang keturunan artis terkenal. Apatah lagi jika anda bercita-cita ingin menjadi artis yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Sebelum mengetahui cara-cara menjadi artis terkenal, anda harus tentukan, artis apakah yang anda ingin jadi. Artis tidak semestinya seorang penyanyi atau pelakon. Seorang pelukis juga sebenarnya tergolong dalam golongan artis. Pendek kata, sesiapa sahaja di dalam bidang yang melibatkan art atau seni, dipanggil artis. (English : ARTist. Nampak?)

Jadi, sudahkah anda tentukan? Jika sudah, ayuh baca cara-cara menjadi artis terkenal!

(1) ASAH BAKAT ANDA

 Bakat adalah kewajipan utama untuk menjadi seorang artis terkenal. Jika anda tidak berbakat, usah risau. ASAH sahaja. Yang menghalang anda hanyalah hati anda. Jika hati anda katakan "tidak", sudah tentu anda enggan berusaha.

(2) FACEBOOK

Ya, Facebook sentiasa menjadi medium utama bagi mereka yang ingin menjadi terkenal. Namun, pertama sekali anda hendaklah mempunyai bakat yang mencukupi. Contohnya, anda sudah mampu dan mahir menghasilkan komik sendiri. Anda boleh membuat fan page dan mempromosikan artwork anda melaluinya. 

Tidak dinafikan cara ini mungkin agak sukar untuk menjadi terkenal. Oleh itu, anda haruslah mempunyai modal yang mencukupi untuk menggunakan iklan berbayar untuk mengiklankan fan page anda di Facebook.

Anda dinasihatkan, agar tidak mencuri idea, post artwork orang lain tanpa kredit, minta sedekah like dan terlalu mempromosikan diri. Cukuplah anda hanya mempromosikan hasil kerja anda. 

(3) YOUTUBE

Jika anda bercita-cita menjadi seorang pelakon atau penyanyi, YouTube lah cara terbaik untuk anda menunjukkan bakat istimewa anda di samping meraih populariti dan semakin terkenal.

Untuk menggunakan YouTube, anda hendaklah mempunyai kamera yang baik dan menghasilkan video yang berkualiti tinggi. Pengguna-pengguna YouTube lebih suka video yang jelas dan lancar. Selain itu, suara anda akan kedengaran lebih jelas jika anda memuat naik video anda sedang menyanyi.

Tetapi, harus diingatkan jika anda menggunakan cara ini, janganlah menggunakan teknik-teknik yang keterlaluan contohnya meletakkan tajuk yang melampau seperti "Sejuta Kali Tengok Pun Tak Puas, Kelakar Gilerrr". Takut nanti, video tidak padan dengan tajuk. Begitu juga video. 

(4) REDDIT DAN 9GAG

Anda boleh menjadi seorang artis terkenal melalui 9gag dan Reddit. Tahukah anda, ramai artis yang mendapat banyak peminat melalui laman web ini? Caranya mudah. Anda hanya perlu hasilkan artwork yang menarik dan mengkongsikannya di Reddit atau 9gag. Pastikan laman facebook dan nama anda tertera di artwork anda agar mereka dan menjejaki anda.

Artwork yang dihasilkan pula mestilah berbahasa Inggeris agar mudah difahami oleh orang luar negara. Jika tidak, hasilkan sahaja artwork yang tidak menggunakan sebarang dialog.

Tetapi ingat, cara ini bukan mudah untuk efektif.

(5) BLOG

Siapa cakap blog tidak dapat menjadikan kita seorang artis yang terkenal?  Lihat sahaja blogger Hanis Zalikha. Namun, anda hendaklah berusaha menjadikan blog anda terkenal. Mungkin, akan anda producer yang ingin jadikan anda seorang pelakon.

Tapi jika cara ini kelihatan kurang efektif, anda masih boleh menggunakan blog untuk menjadikan anda artis terkenal. Contohnya, blog anda yang sudah cukup popular boleh digunakan untuk mempromosikan Fanpage Facebook atau video YouTube. Anda juga boleh mempromosikan artwork anda di blog.

(6) PERTANDINGAN

Pertandingan-pertandingan seperti Raja LEWAK, Akademi Fantasia dan sebagainya boleh menjadikan anda terkenal. Walaupun anda mungkin terkeluar, tetapi, jika anda terkeluar di saat anda sudah meraih ramai peminat, ada kemungkinan anda akan terima tawaran bernyanyi atau berlakon.

.....

Cukuplah dahulu 6 cara tersebut. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin blogwalking, anda dialu-alukan melakukannya di ruang komen.   

  
 #sumber gambar : www.zimbio.com VIA Google Search Images

No comments:

Post a Comment