Monday 12 December 2016

Apakah Itu SEO?

pengertian-seo
Apakah itu SEO? SEO atau Search Engine Optimisation (atau Optimization kalau guna bahasa murica) adalah pengoptimuman yang dilakukan terhadap blog atau website anda agar mendapat kedudukan yang baik di enjin pencari seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain.

Kalau masih tak faham, SEO adalah sesuatu yang kita buat agar post blog atau website/blog kita sendiri mendapat kedudukan yang baik di enjin pencari misalnya meletakkan kata kunci yang relevan dan dengan bilangan yang sesuai.

Sedikit penerangan lagi? Ok. Andaikatalah kita buat artikel pasal "Kata kunci yang sesuai untuk blog", kita kenalah melakukan pelbagai teknik SEO seperti backlinks, meletakkan kata kunci yang betul dan sebagainya agar artikel kita berada di kedudukan yang kita sasarkan seperti di halaman pertama Google atau Yahoo apabila seseorang meletakkan kata kunci di google.

Apakah SEO itu penting?

Penting untuk mendapatkan trafik dari enjin pencari. SEO juga amat relevan jika digunakan untuk perniagaan. Nanti saya akan buat artikel pasal ni.

Apakah teknik SEO?


Terdapat pelbagai teknik SEO. Malang sekali, admin tak dapat share banyak pasal ni memandangkan admin pun antara blogger pemula. Tapi admin boleh share cara-cara melakukan pengoptimuman enjin pencari sedikit.

Caranya ialah meletakkan kata kunci yang relevan dan mencukupi. Mencukupi tidak semestinya banyak. Andaikatalah post blog anda mengandungi 1000 perkataan, maka pengulangan kata kunci utama ialah sebanyak 30 atau 50 kali sahaja. Senang cerita, hanya 3 hingga 5 peratus.

Selain itu, artikel blog atau laman web anda hendaklah mengandungi perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kata kunci. Misalnya anda membuat artikel pasal "cara-cara membuat blog". Maka, perkataan atau kata kunci bukan utama ialah "blogger, teknik, laman web, wordpres" dan lain-lain.

Itu sahaja sedikit penerangan tentang SEO. Admin sarankan anda google sendiri pasal cara dan teknik SEO yang lain.


No comments:

Post a Comment