Saturday 24 December 2016

Tips Untuk Berjaya

Hampir semua orang di dunia ada impian. Namun, selalunya, bukan semua bernasib baik untuk mencapai impian dan kemenangan. Untuk berjaya, kita tidak boleh harapkan tuah semata-mata. Kita hendaklah sedar dan berusaha mengatasi segala rintangan yang akan mencabar kita untuk berjaya. Jom baca apakah tips untuk berjaya...

tips-untuk-berjaya
Sumber : mcafeeinstitute.com

Tips 1 - Tetapkan Impian Anda.

Apakah impian anda? Adakah anda ingin menjadi doktor yang cekap? Menjadi kaya? Seorang jurutera yang tiada tandingan? Apa sahaja boleh selagi belum mencapai batasan. Untuk menuju kejayaan, anda hendaklah mempunyai impian dahulu. Tapi ingat, baik impian anda, maka baiklah kesannya. Begitu juga dengan impian yang tidak baik.

Tips 2 - Membuat Perancangan.


Perancangan anda hendaklah bijak dan berkesan. Misalnya anda ingin menjadi seorang jurutera yang berjaya, maka anda hendaklah melakukan perancangan yang akan membawa anda ke jalan yang betul. Jangan sesekali membuat perancangan yang tidak masuk akal! Misalnya anda ingin menjadi kaya, maka anda merancang untuk mencari bomoh handal yang boleh membuat anda bertuah jika bermain nombor ekor. Ingat, tiada bomoh yang boleh buat orang kaya. Kalau betul ada, tak mungkin dia masih menjadi bomoh.

Anda juga kena percaya diri! Jangan biarkan kesusahan yang anda rasa sekarang adalah penghalang anda untuk berjaya. Jika anda berhasrat untuk menjadi jurutera sedangkan anda langsung tidak bersekolah, jangan anggap ia mustahil hanya kerana anda kurang lengkap. Siapa cakap orang yang tidak bersekolah tidak boleh jadi jurutera? Cari kerja, beli buku dan belajar subjek yang perlu dikuasai dengan cemerlang dengan rajin. Minta ajar dengan orang yang lebih pandai dan pakar. Kemudian, kumpul duit untuk ambil SPM persendirian. Pastikan anda ada sudah cemerlang subjek matematik, matematik tambahan, sains, kimia dan fizik. Ambil lagi subjek lain sebagai kredit. Jika anda berjaya dengan cemerlang peperiksaan SPM, anda sudah mudah untuk memohon jurusan yang anda mahukan. Atau, anda boleh ambil STPM.

Tips 3 - Mula Berusaha.

Kemungkinan besar anda akan gagal beberapa kali buat kali pertama. Namun anda kena kuat dan tabah untuk mencapai kejayaan. Pelbagai rintangan akan datang dan anda kena sabar untuk mengatasinya. Percayalah, jika anda gagal banyak kali, anda akan bertambah bersemangat jika usaha anda sudah mula berkesan walaupun hanya sedikit dan belum sempurna. Apa yang anda kena lakukan ialah berusaha secara berterusan.

Tips 4 - Jalan Susah Itu Lebih Baik Daripada Jalan Mudah Yang Bahaya.

Lebih baik anda mengambil jalan susah yang membawa kepada kejayaan berbanding jalan mudah yang belum tentu menghasilkan kebaikan. Misalnya, anda ingin menjadi kaya, maka lebih baik anda memilih jalan yang betul seperti berniaga secara halal dengan perancangan yang rapi dan lengkap. Jangan buat cara yang tidak betul seperti mencuri. Ya, jika anda berjaya, anda akan kaya dengan segera. Namun, adakah anda mampu hidup dengan aman tanpa memikirkan ada orang yang sedang berdendam, menyiasat dan mencari anda? Apatah lagi jika anda gagal. Bukankah ia hanya akan membawa kepada keburukan? Maka, untuk kebaikan anda sendiri, fikirlah secara rasional sebelum anda melaksanakan sesuatu perkara.

Tips 5 - Jangan Lupa Diri.

Bila anda sudah sukses, jangan sesakali lupa siapakah anda sebelum ini. Janganlah bersikap angkuh dan bantulah mereka yang juga ingin berjaya, barulah hidup anda akan benar-benar makmur. Jika anda angkuh apabila sudah berjaya, percayalah anda sebenarnya sudah gagal dan maruah anda sangat rendah. Ingatlah, walaupun anda kaya, walaupun anda mempunyai kehidupan yang selesa, ia tidak akan bertahan lama dan sia-sia jika anda tidak dapat mengatasi sifat buruk anda. Malah, akan menyebabkan bala. Oleh itu, sentiasa ingat siapa diri anda sebelum ini.

Cukuplah 5 tips itu. Admin harap, anda semua mencapai kemenangan dalam kehidupan. 5 tips ini mungkin tidak cukup sempurna untuk membantu anda. Tetapi, admin akan sentiasa cuba membantu dan melakukan yang terbaik.  

No comments:

Post a Comment