Friday 23 December 2016

Cara-cara Membuat Blog Untuk Perniagaan

cara-buat-blog-perniagaan
Pada era teknologi moden ini, semakin ramai orang berniaga menggunakan Internet. Hal ini kerana perniagaan secara online lebih mudah diurus dan jika bijak, dapat mengaut keuntungan yang tinggi. Apa yang diperlukan hanyalah komputer, Internet dan laman web atau blog untuk membuat perniagaan secara online.

Terdapat beberapa cara mudah dan ringkas untuk membuat blog perniagaan. Sediakan kopi. Anda mungkin memerlukannya untuk terus fokus dalam artikel ini.

1. Pilih Platform Blog Anda.

Apakah platform pilihan anda? Wordpress? Blogger? Atau lain-lain? Terpulang anda. Namun, untuk perniagaan, saya lebih syorkan wordpress kerana lebih mudah untuk meletakkan widget dari luar. Dengan cara itu, blog anda akan kelihatan lebih menarik.

2. Beli dan Daftar Domain Anda Sendiri.

Orang akan lebih cenderung untuk membeli produk di laman web yang menggunakan domain sendiri misalnya mudah.my. Domain anda hendaklah bersesuaian dengan jenis perniagaan yang anda jalankan. Misalnya anda berniaga kasut, maka domain seperti kasutpilihan.com adalah pilhan yang relevan untuk blog anda. Bagaimana dengan bisnes MLM? Maka domain yang lebih sesuai adalah penipu.com

3. Kemaskan Template Blog Anda.

Blog anda hendaklah kelihatan menarik dan kemas untuk menarik lebih banyak pengunjung. Cara mengemas template blog yang terbaik adalah dengan tidak terlalu banyak meletakkan iklan dan widget. Ini akan membuatkan blog anda tidak mengambil masa yang lama untuk loading.

Jika anda menggunakan template yang dimuat turun dari laman web lain, pastikan ia SEO friendly dan sesuai dengan perniagaan yang anda jalankan. Pastikan tidak ada widget yang akan membawa ke laman web selain blog anda. Perkara seperti itu biasa terjadi. Maka, berhati-hati.

4. Pastikan Blog Anda Mengandungi Maklumat Yang Cukup.

Maklumat seperti detail produk yang anda jual sangat penting. Selain itu, anda tidak boleh lupa maklumat cara order barangan anda. Ini termasuk alamat email, Facebook dan sebagainya.

Selain itu, pastikan blog anda mengandungi video dan gambar menarik supaya tidak kelihatan terlalu membosankan. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang ini.

5. Tetapkan Waktu Untuk Mengurus Blog Anda.

Berapa jam sehari yang perlu anda luangkan untuk mengurus blog anda? Itu terpulang kepada anda memandangkan admin sendiri tidak tahu bila waktu lapang anda. Namun, dengan menetapkan waktu mengurus blog akan membuatkan anda berdisiplin dan teratur.

6. SEO.

SEO sangat penting untuk menarik lebih ramai pelawat melalui enjin pencari seperti google, bing dan yahoo! . Anda boleh cari di Google tentang SEO seperti keywords, backlink dan sebagainya. Jika anda kurang mahir dalam SEO, upahlah orang yang mahir jika mampu.

7. Promosi.

Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mempromosi blog anda. Mempromosi blog sangat penting untuk membuatkan blog atau laman web perniagaan anda tidak kelihatan terlalu sepi. Selain itu, ia juga untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Antara cara yang paling biasa dilakukan ialah dengan menggunakan laman sosial seperti facebook. Facebook sangat sesuai untuk mempromosi sebarang perniagaan. Admin sarankan, anda membuat page dan menggunakan facebook ads untuk mempromosi post iklan anda. Sudah tentu, ia mengenakan bayaran.

8. Google Adwords.

Dengan google adwords, anda boleh membuatkan laman blog anda muncul di halaman pertama google jika seseorang meletakkan kata kunci yang anda tetapkan. Sekali lagi, cara ini memerlukan kos bayaran. Namun, sangat berkesan jika anda berniaga melalui blog memandangkan orang lebih cenderung untuk mencari produk yang mereka ingin beli secara online di Internet.

Jika anda enggan menggunakan cara ini, anda haruslah fokus dalam mempelajari SEO.

9. Video dan Gambar.

Video yang dimaksudkan dalam nombor 4 adalah video iklan yang menarik. Begitu juga gambar. Untuk menghasilkan video yang boleh menarik perhatian pelanggan, anda kenalah menggunakan format video yang terang seperti mp4. Pastikan dalam video anda terdapat info ringkas tentang produk anda.

Gunakan warna yang cerah atau harmoni supaya kelihatan lebih cantik. Selain itu, anda boleh memuat naik video tersebut ke YouTube sebagai iklan.

Tips : Gunakan pelakon wanita yang cantik.

10. Letak Widget Follow dan Subscribe.

Ini akan membuatkan pengunjung atau pelanggan mudah mendapat update tentang produk anda. Selain itu, ia juga untuk memudahkan anda mendapat traffic walaupun tanpa SEO.

Bila anda sudah melakukan langkah-langkah di atas. Ada beberapa perkara yang anda kena buat jika blog perniagaan anda sudah mendapat pengunjung yang cukup. Jom ketahui apakah perkara itu.

1. Beramah Mesra Dengan Pelanggan.

Setiap pelanggan suka dengan peniaga yang bersifat ramah. Selain itu, boleh membuatkan anda lebih digemari pelanggan. Oleh itu, tanamkan sifat ramah jika ingin berniaga.

2. Bersabar.

Kekadang, pelanggan boleh menyakitkan hati kita. Sebagai seorang peniaga Internet, anda haruslah mempunyai integriti yang tinggi. Anda kena bersabar dengan pelanggan untuk membuatkan produk anda terus kekal menjadi pilihan pelanggan.

3. Hindari SPAM.

SPAM sangat dibenci oleh pelbagai lapisan masyarakat. Malah, SPAM boleh memberi kerugian yang besar kepada blog perniagaan anda. Gunalah cara atau kaedah yang bersih dan mematuhi undang-undang.

4. Hindari Iklan Pop-up.

Iklan pop-up adalah iklan yang muncul secara tiba-tiba di halaman blog. Hindari iklan ini kerana ia boleh menjejaskan bilangan pelawat ke blog tempat anda berniaga. Lagipun, siapa yang suka dengan iklan pop-up?

Rasanya sudah cukup info yang diberi. Admin ucapkan semoga berjaya jika anda ingin menjadi peniaga online yang berjaya. Sudah tentu, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menjana pendapatan yang tinggi dengan berniaga di Internet. Namun, jika anda ikuti cara-cara di atas di samping tabah dan bersabar, tidak mustahil perniagaan anda akan maju.

sumber gambar di atas : democracy.org (melalui google images)

No comments:

Post a Comment