Monday 11 January 2016

Patutkah Ibu-Ibu Upload Gambar Tengah 'Breastfeeding' Ke Laman Sosial?

ibu+breastfeeding+laman+sosial
1. Pada pendapat saya, tiada masalah kalau ibu-ibu nak upload gambar tengah 'breastfeeding' ke laman sosial....asalkan dah setting privasi gambar.

Maksudnya di sini, kalau ya pun tak tahan sangat nak upload, tolonglah pastikan privasi gambar tersebut telah ditetapkan 'only me', bermaksud hanya anda sahaja yang boleh melihat gambar tersebut.

2. Tiada masalah kalau nak sokong kaedah penyusuan anak yang menggunakan susu badan, tetapi menyokong bukan bermaksud kena upload gambar yang boleh menarik perhatian lelaki.

3. Fikirkan balik, anda upload gambar anda sedang 'breastfeeding' kepada bayi anda, kemudian gambar tersebut sampai kepada lelaki-lelaki yang bukan suami atau ahli keluarga anda, kemudian secara tiba-tiba (atau sengaja) mereka terbayang mereka pula yang sedang diberi minum susu badan anda, mahukah anda?

4. Apabila situasi di nombor 3 terjadi, maka kesian lah suami anda kerana susah-susah buang duit untuk belanja kahwin dengan anda sedangkan anda akhirnya 'belanja' juga lelaki-lelaki lain secara percuma.

5. Kesian lah suami anda bekerja untuk menyara anda dan anak, tetapi gambar isterinya digunakan untuk khayalan yang bukan-bukan oleh lelaki-lelaki lain.

6. "Alah....bukan nampak pun".

Ya, 'buah' anda tidak nampak. Tetapi bukankah ia boleh menarik perhatian lelaki? Sedangkan anda memakai minyak wangi pun boleh menarik perhatian lelaki, inikan pula gambar seperti itu?

7. "Tu salah lelaki sebab gila s**s. Tak dapat tahan nafsu".

Anda sendiri tahu, ada lelaki yang tidak mempunyai iman yang kuat dan tidak mampu menahan nafsu, jadi kenapa pula anda lagi yang 'mengganggu' iman mereka?

8. "Saya upload gambar saya sedang 'breastfeeding' sebab saya sokong 'breastfeeding'. Bukannya melucah!"

Tak salah kalau anda menyokong kaedah 'breastfeeding' tetapi apa salahnya jika hanya sekadar berkongsi maklumat tanpa upload gambar anda sedang melakukan 'breastfeeding' ke laman sosial?

Kalau memang betul-betul perlukan gambar sekali pun, kenapa tidak gunakan gambar lukisan atau animasi sahaja? Sedangkan gambar-gambar animasi yang dihasilkan oleh orang Barat pun tidak begitu realistik.

9. "Itu urusan saya, bukan urusan awak".

Baiklah, itu urusan anda. Saya hanya sekadar berkongsi pendapat dan memberi nasihat sahaja. Lagipun, saya kesian dengan anda dan suami serta ahli keluarga anda kerana terpaksa menanggung malu.

P/S: Kalau dulu-dulu orang nak 'breastfeeding', mesti mereka akan ke bilik kosong atau ke tempat yang tiada orang boleh nampak. Malah, hospital pun sehingga kini menyediakan tempat khas untuk ibu-ibu melakukan 'breastfeeding'.

No comments:

Post a Comment