Wednesday 28 October 2015

Kenangan Bersama Susu Mat Pintar

susu+mat+pintar
sumber : nikalilah.blogspot.com
Siapa masih ingat susu mat pintar? Bagi yang dah lupa atau tak tahu, susu mat pintar adalah sejenis susu UHT (Ultra High Temperature) yang diagihkan oleh kerajaan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.


Kalau tak silap, masa skola rendah dulu, susu mat pintar ada tiga perisa iaitu perisa susu biasa berwarna putih, berperisa coklat, dan yang berwarna hijau, tak ingat perisa apa.

Banyak kenangan yang saya masih ingat tentang susu mat pintar ni. Salah-satu yang saya masih ingat, saya selalu guna kotak susu mat pintar untuk dijadikan telefon. Kemudian, saya akan bermain telefon-telefon bersama rakan-rakan saya.

Ada kalanya saya akan meniup kotak susu mat pintar dan memijaknya sekuat hati sehingga meletup. Tak lah menjadi selalu tapi saya ada kawan yang pandai meletupkan kotak susu mat pintar ni.

Ada kalanya saya dan rakan-rakan saya saling bertukar susu. Contohnya, jika kawan saya ingin susu putih, saya akan memberinya susu mat pintar yang putih dan sebagai balasan, dia akan memberi saya susu mat pintar berperisa coklat.

Saya tak selalu habiskan susu mat pintar ni di sekolah. Sebaliknya saya akan membawa pulang susu mat pintar yang saya dapat ke rumah untuk diminum ketika makan tengahari.

Tapi, saya lebih suka sejukkan susu mat pintar di dalam peti sejuk untuk dijadikan ais krim. Boleh gelar ais krim mat pintar.

Tu dulu lah. Sekarang ni saya bukan lagi pelajar sekolah rendah. Tapi sepanjang saya berada di bangku sekolah rendah, banyak perubahan susu mat pintar yang saya nampak. Kalau dulu, susu mat pintar ada tiga perisa, kemudian tinggal dua, lama-lama tinggal satu perisa iaitu perisa coklat. Mungkin kerana pelajar lebih suka susu mat pintar perisa coklat.

Kotak susu mat pintar pun dah berubah. Satu perkara yang tak pernah berubah pasal susu mat pintar ni...dari dulu sampai sekarang, tak pernah buat saya bertambah pintar walaupun nama susu Mat Pintar...

Bagaimana pula dengan anda? Ada tak pengalaman yang ingin dikongsikan mengenai susu mat pintar?

Jangan lupa, follow blog saya............jilake.

1 comment:

  1. Samala say pun mempunyai banyak kenangan bersama Susu mat pintar

    ReplyDelete