Wednesday 28 October 2015

Jangan Panik Jika 'Ditindih'

ditindih+sleep+paralysis
Sumber: memecenter
Pernah tak anda mengalami fenomena di mana anda terjaga dari tidur dan tidak dapat bergerak atau lumpuh seketika? Ketika itu, anda menjerit tapi tidak didengari sesiapa. Ada kalanya, muncul satu lembaga hitam/putih yang memandang dan mendekati yang membuat anda berasa takut. Fenomena ini dipanggil 'ditindih'.


Kenapa dipanggil 'ditindih'? Kerana pelbagai masyarakat menganggap fenomena ini adalah suatu fenomena di mana seseorang sedang ditindih oleh sejenis makhluk alam ghaib.

Tetapi, benarkah seseorang itu ditindih?

Terdapat penjelasan sains tentang fenomena ditindih yang ditakuti masyarakat. Ditindih sebenarnya adalah keadaan di mana otak anda sudah terjaga tetapi tubuh anda sebaliknya, yang menyebabkan anda tidak mampu bergerak. Fenomena ditindih, dipanggil Sleep Paralysis.
Ketika Sleep Paralysis, kita akan berasa takut sehingga mula berfikir benda-benda yang menyeramkan seperti hantu. Ini lah yang menyebabkan kita mula berhalusinasi tentang sejenis lembaga hitam/putih.

Keadaan ini amat bahaya kerana boleh mengakibatkan serangan panik yang tinggi sehingga boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dengan baik, sekaligus menyebabkan kematian jika terlalu bahaya.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengatasi sleep paralysis/ditindih? 

Pertama, jangan tidur melentang, jangan tidur dalam keadaan sangat letih, dan kurangkan stress. Ketiga-tiga inilah antara faktor yang sering menyebabkan seseorang itu mudah ditindih/sleep paralysis. Usahakanlah tidur mengiring dan kurangkan diri daripada melakukan sebarang kerja berat yang meletihkan. Elakkan stress atau atasinya dengan berbanyak melakukan aktiviti yang mengelakkan stress seperti beribadat, yoga atau mendengar muzik-muzik tertentu.

Cara kedua untuk mengatasi sleep paralysis/ditindih, adalah seperti tajuk di atas. JANGAN PANIK.

Seperti yang sudah dinyatakan, sleep paralysis/ditindih boleh menyebabkan serangan panik yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, berusahalah tenangkan diri jika mengalami fenomena tersebut. Usah berfikir bukan-bukan yang boleh menyebakan anda berhalusinasi.

Anda boleh sambung tidur. Ada kemungkinan anda akan terjaga jika anda terasa kebas yang amat menggelikan.

Bagaimana pula dengan cara yang selalu saya lakukan? 

Saya ada dua cara. Satu, saya akan menahan nafas sehingga terjaga (belum pasti baik atau tidak). Kedua, saya akan berusaha untuk mendapat lucid dream, mimpi dalam keadaan sedar.

Cukuplah sehingga di sini sahaja dulu. Jika ada kesempatan, saya akan buat entri tentang lucid dream.

Baca juga entri sebelum ini yang berkaitan, Cara Mengatasi Mimpi Buruk . Jangan lupa, follow blog saya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment