Friday 30 October 2015

Adakah Vape Membahayakan Kesihatan?

vape+membahayakan+kesihatan
Personal Vaporizer atau lebih dikenali sebagai vape, adalah sejenis rokok elektronik. Kononnya, vape ini lebih selamat untuk kesihatan berbanding rokok sebenar kerana penghisap vape hanya menyedut wap air berbanding rokok yang membebaskan asap yang membahayakan kesihatan. Ramai juga bekas penghisap rokok yang kini menghisap vape mendakwa vape telah menyelamatkan kesihatan mereka.


Tetapi, benarkah vape tidak membahayakan kesihatan?

Terdapat satu eksperimen mengenai vape di mana dua sekumpulan tikus dibahagi menjadi dua kumpulan.

Kumpulan pertama, diletakkan di dalam ruangan inhalasi mengandungi asap vape dan kumpulan kedua dibiarkan dengan udara biasa tanpa asap vape.

Hasil kajian mendapati tikus yang terdedah kepada asap vape mengalami gangguan imunisasi selain jangkitan bakteria. Ini kerana, terdapat radikal bebas atau racun yang mampu membahayakan kesihatan kerana merosakkan DNA dan molekul dalam sel di dalam asap vape.

Radikal bebas di dalam asap vape jelas sekali membahayakan kesihatan malah, berupaya menyebabkan kematian tubuh.

Dalam kajian lain berkaitan vape, penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida yang terkandung dalam wap vape juga membahayakan kesihatan kerana boleh menyebabkan kanser.

Dalam huraian yang lebih mudah, penyelidik mempercayai vape mengandungi jenis nikotin bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliseren yang akan menghasilkan nitrosamine berupa wap vape jika dipanaskan. Larutan nitrosamine ini dikatakan membahayakan kesihatan kerana mampu menjadi penyebab kanser.

Walaubagaimanapun, ada juga yang memberi pendapat bahawa vape tidak lah membahayakan kesihatan sangat jika dibandingkan dengan rokok. Malah, ada yang memberi pendapat, 4 daripada 8 juta perokok di Amerika Syarikat berkemungkinan boleh diselamatkan dengan menggantikan rokok dengan vape.

Pelbagai pendapat pasal vape dikeluarkan. Ada yang cakap vape membahayakan kesihatan, ada yang cakap vape tidak berapa membahayakan kesihatan. Terpulang lah kepada anda untuk sokong yang mana.

Macam orang Sabah selalu cakap... "dari kita/kau saja bah itu".

No comments:

Post a Comment