Saturday 31 October 2015

Separuh Masa Pertama JDT vs FC Istiklol

Perlawanan Piala AFC 2015, Johor Darul Takzim (JDT) vs FC Istiklol nampaknya memberi pelbagai emosi kepada para penyokong JDT dan juga para penyokong Istiklol.

Walaupun JDT pernah mendapat nama buruk disebabkan perbuatan-perbuatan segelintir penyokong-penyokong JDT yang tidak baik, tetapi, kali ini JDT menunjukkan harapan kepada Malaysia untuk meraih piala AFC 2015 apabila mereka berjaya menjaringkan satu gol.

Walaubagaimanapun, ia belum memberi petunjuk bahawa JDT akan mengalahkan FC Istiklol yang belum menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Ada kemungkinan FC Istiklol akan meningkatkan teknik permainan mereka pada separuh masa kedua nanti. Oleh sebab itu lah JDT harus berjaga-jaga kerana FC Istiklol mungkin akan menggunakan teknik yang bahaya.

Apa-apa pun, kita lihat dan sokong saja perlawanan Piala AFC separuh masa kedua nanti.

JDT =1
FC Istiklol = 0

No comments:

Post a Comment