Saturday 31 October 2015

JDT Menjadi Juara Piala AFC

Pasukan bolasepak Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai JDT menjadi juara Piala AFC setelah mengalahkan pasukan bolasepak Tajikistan, FC Istiklol pada separuh masa kedua dengan markah 1-0.


Walaupun hampir seri di saat akhir, tetapi kemenangan menyebelahi JDT apabila gol terakhir dari pasukan FC Istiklol tidak dikira dan masa permainan tamat.

Harap ini menjadi pembakar semangat anak-anak muda kita untuk mengharumkan nama negara sebagaimana yang telah dilakukan oleh JDT dalam Piala AFC 2015.

Walaupun juara pada tahun ini, tapi belum tentu JDT atau kelab bolasepak Malaysia yang lain akan menjadi juara Piala AFC pada tahun-tahun yang akan datang. Ini kerana, pasukan-pasukan bolasepak yang lain sudah pasti akan meningkatkan kemahiran mereka terutama FC Istiklol.

JDT = 1
Istiklol = 0

No comments:

Post a Comment