Monday 2 November 2015

Malaysia Harus Mencontohi Indonesia

Indonesia, walaupun sebuah negara Islam yang membangun dan kurang pendapatan, tetapi itu bukanlah alasan untuk Malaysia tidak mencontohi Indonesia.


Kenapa? Kerana Indonesia adalah sebuah negara yang bakal menjadi negara maju dari segi ketenteraan.

Kenapa saya berkata seperti itu?

Pertama, saya tidak berkata. Saya menaip. Kedua, lihat saja, (jangan kau tanya nak lihat kat mana, jilake), Indonesia sudah mampu menghasilkan kereta perisai sendiri dan bakal menghasilkan jet pejuang sendiri.

Dari segi senjata, jelas sekali Indonesia sudah mempunyai jenama sendiri dan dibeli oleh negara-negara lain.

Malaysia juga sudah mampu menghasilkan kereta perisai sendiri. Tetapi bagi saya, kereta perisai Indonesia jauh lebih baik malah dibeli oleh Malaysia sendiri.

Indonesia juga sedang dalam projek bersama Korea Selatan dalam penghasilan jet pejuang sendiri. Sedangkan Malaysia dan negara Asean yang lain masih belum mampu.

Saya cakap ni bukan nak memihak kepada Indonesia dan memandang rendah kepada Malaysia. Tetapi hanya sebagai teguran.

Soal bajet, ya. Memang benar kita tidak mampu. Tapi saya yakin kita masih mampu menaik taraf senjata api buatan Malaysia, 'Berapi'.

Untuk pengetahuan, Malaysia memang sudah ada senjata api jenama tempatan iaitu Berapi. Tetapi reka bentuknya agak pelik sehingga dianggap antara senjata paling pelik di dunia.

Sebab itu lah Malaysia harus menaik taraf senjata api jenama Berapi. Manalah tahu, kalau dinaiktaraf, lama-lama ada pembeli. Nama Malaysia naik, pendapatan juga naik...itu pun kalau tak masuk akaun peribadi..ehem.

Saya cakap ni, bukan bermakna kita mesti cipta sendiri semua jenis aset ketenteraan. Kalau boleh, biarlah lah yang penting dan amat diperlukan sahaja. Seperti senjata api sebagai contoh.

Indonesia, walaupun lebih maju dari segi ketenteraan, tapi jangan ingat mereka tidak mempunyai masalah. Mereka juga mempunyai masalah dalam menjadi negara maju seperti rasuah, kelebihan penduduk dan sebagainya.

Ingat, artikel ini bertujuan untuk memberi nasihat dan idea. Bukan untuk bersaing. Kenapa mesti bersaing kalau boleh bekerjasama?#habis dah 

Admin nak update blog admin dengan cerita seram malam nanti kalau dapat. Tapi bukan blog ni... tapi blog ni.. http://di-alam-lain.blogspot.com . Kalau nak baca, follow lah blog tu sedia. Hanya submit email anda di ruang newsletter untuk menerima email notification jika blog sudah diupdate..

Tak lama pun. Admin jamin tidak akan memakan masa seperi membuat akaun Live Web Cam. If you know what I mean..huhu.

4 comments:

  1. Semoga harapan Admin..menjadi Doa dan bisa terwujud..salam serumpun

    ReplyDelete
  2. Salam satu jiwa dari malang. Malay-indo bersatu tambah mutu

    ReplyDelete
  3. Salam satu jiwa dari malang. Malay-indo bersatu tambah mutu

    ReplyDelete