Wednesday 4 January 2017

Cara Buat Duit Dengan 8Share


buat-duit-8share
8Share adalah antara cara yang paling sesuai untuk remaja dan pelajar membuat duit secara online. Hanya menggunakan laptop atau handphone, anda sudah layak untuk menjana pendapatan melalui 8Share.

Pendaftaran 8Share cukup mudah. Cara pendaftaran 8Share hampir sama dengan pendaftaran Global Test Market. Anda hanya masukkan maklumat seperti nama penuh, username, email password dan lain-lain jika ada. Anda kemudian akan menerima email pengesahan dari 8Share. Setelah disahkan, anda sudah boleh mula menjana pendapatan melalui 8Share.

Bagaimanakah Cara 8Share Bekerja?

Mudah! 8Share akan sediakan artikel di laman web mereka. Anda hanya perlu memilih artikel yang anda ingin kongsi. Kemudian, bila anda sudah dapatkan link yang khas untuk anda, anda sudah boleh share link tersebut di mana-mana seperti Facebook, Whatsapp, Blog dan lain-lain.

Adakah 8Share Menguntungkan?

Jika ikut pendapat peribadi admin, 8Share sememangnya menguntungkan memandangkan anda tidak perlu mengeluarkan modal. Hanya dapatkan link, dan share. Setiap unique visitor yang masuk ke link yang anda kongsi berjumlah RM0.20. Jumlah maksimum untuk setiap link adalah RM10. Cara yang cukup mudah untuk membuat duit bawah RM1000 setiap bulan.

8Share juga menawarkan link yang memberi hadiah. Andaikata anda adalah orang yang paling banyak memberi unique visitors di link yang menawarkan hadiah, anda akan mendapat ganjaran seperti laptop, handphone dan lain-lain. Bergantung dengan apa yang ditawarkan.

Apakah Teknik Yang Betul Untuk Buat Duit Dengan 8Share?

Jika anda mempunyai Facebook, maka anda hanya perlu share link tersebut di akaun anda. Lebih baik jika anda mempunyai page Facebook yang aktif dan mempunyai ramai likers. Selain daripada cara ini, anda juga boleh menggunakan Twitter. Jika link anda berkaitan dengan hashtag yang trending di Twitter, maka peluang anda untuk membuat duit cukup cerah.

Selain itu, ada banyak lagi tempat untuk share link 8Share seperti Whatsapp, Googleplus, YouTube, dan yang paling terbaik, adalah blog! Ada masa, admin akan share cara buat duit 8Share melalui blog.

Apakah kelemahan 8Share?


8Share mengambil masa yang lama untuk membuat keuntungan yang besar. Lagipun, 8Share hanya sesuai untuk mereka yang ingin buat duit tambahan misalnya duit minyak. 8Share bukanlah cara untuk anda menjadi kaya.

Artikel yang admin rasa berkaitan....

- 7 Cara Buat Duit Online
- Panduan Buat Duit Dengan Dropship
- Cara Buat Duit Dengan YouTube
- Cara-Cara Membuat Blog Untuk Perniagaan
-Cara Buat Duit Dengan Global Test Market

No comments:

Post a Comment