Wednesday 30 December 2015

Meminum Air Berlebihan Lebih Bahaya Berbanding Menghisap Rokok

1. Setelah membaca tajuk di atas, pasti ramai yang kurang percaya.


2. Mungkin sebab anda tahu, asap rokok yang disedut boleh mendatangkan pelbagai penyakit bahaya seperti kanser peparu.

3. Dan mungkin juga kerana anda tahu, meminum air yang banyak boleh membantu badan menjadi lebih sihat kerana air boleh membersihkan usus dan buah pinggang. (Jika air putih).

4. Jika anda berfikiran seperti di perenggan 2 dan 3, anda memang betul. Rokok sangat bahaya dan air baik untuk tubuh badan.

5. Tetapi, jika air diminum secara berlebihan, amatlah tidak baik untuk tubuh badan. Malah, boleh mendatangkan kematian.

6. Pada 12 Januari 2007, ibu kepada tiga orang anak telah menyertai suatu pertandingan menahan kencing yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio di Amerika Syarikat.

7. Dalam pertandingan itu, wanita terbabit harus menahan kencing sambil meminum air untuk memenangi sebuah Nintendo wii.

8. Akibatnya, setelah pertandingan itu, wanita tersebut ditemui mati oleh ibunya di rumah mereka. Punca kematian adalah kerana meminum air secara berlebihan.

9. Kes seperti di atas dinamanakan "Water Overdose" atau "Water Intoxication". Dalam bahasa melayu adalah mabuk air atau terlebih dos air.

10. Ia adalah fakta bahawa 6 liter air yang diminum dalam masa 3 jam sahaja sudah cukup untuk memanggil malaikat maut.

11. Hal ini kerana, air yang berlebihan boleh menyebabkan sel-sel membengkak, merosakkan buah pinggang dan kematian atau koma.

12. Selain itu, air yang terlebih dos juga boleh merosakkan otak apabila lebihan cecair yang tidak dapat dikeluarkan oleh buah pinggang sampai ke otak dan merosakkannya.

13. Air yang terlebih dos juga boleh mengurangkan sodium di dalam darah yang mana amat merbahaya jika sodium tersebut semakin berkurangan.

14. Jadi, bagaimanakah cara untuk mencegah overdose air?

15. Paling mudah, adalah minum apabila haus sahaja, terutama jika anda sedang bersukan atau bersenam.

16. Ingat, walaupun anda berlatih sukan peringkat kebangsaan, pastikan anda meminum air ketika betul-betul haus sahaja. Dan jangan meminum air sehingga perut macam orang mengandung.#tamat

Credits to : wikipedia

No comments:

Post a Comment