YouTube adalah laman web di mana ramai orang menggunakannya sebagai hiburan. Namun, ternyata YouTube juga boleh digunakan sebagai tempat untuk membuat duit melalui Internet.
PewDiePie, Ryan Higa, Kevjumba adalah antara youtubers dan vloggers yang telah menjana pendapatan sehingga berjuta dollar. Namun, walaupun kita hanya mampu menjana wang sehingga seribu dollar sahaja sebulan, ia sudah cukup kerana ia juga bernilai lebih RM4 ribu ringgit. Sebab tu lah ramai orang mencari wang di YouTube berbanding blog.
Kali ni, admin nak ringkaskan sahaja cara buat duit dengan Youtube. Kalau ada masa, admin akan buat artikel pasal ni dengan lebih terperinci.
Untuk menjana pendapatan dengan YouTube, pertama sekali anda hendaklah mempunyai channel YouTube yang sudah verified atau disahkan. Selain itu, anda hendaklah mempunyai video yang mendapat 5000 views ke atas.
Bila anda sudah ada kedua-dua ini, anda hendaklah menyertai program YouTube partner. Memandangkan admin hanya nak terangkan secara ringkas pasal ni, admin tak akan sentuh banyak pasal tu. Jangan risau, link akan dibagi.
Bila dah join, bolehlah anda membuat akaun adsense. Adsense bukan sahaja digunakan untuk blog sebagai cara untuk menjana wang, namun juga untuk YouTube. Gunakan adsense sedia ada atau buat yang baru. Pastikan anda sudah berumur 18 tahun ke atas.
Cara ketiga, anda boleh pilih video YouTube anda yang anda mahu letakkan iklan. Anda akan tahu cara untuk meletakkan iklan di YouTube.
Bercakap pasal iklan YouTube, ada beberapa jenis iklan YouTube yang anda boleh guna untuk menjana pendapatan. Admin tak nak artikel pasal ni terlalu ringkas jadi apa kata admin jelaskan serba sedikit pasal iklan YouTube untuk membuat duit.
Terdapat beberapa iklan Youtube dengan cara pengiklanan yang berbeza. Gunalah cara yang mana anda rasa paling sesuai untuk channel YouTube anda.
Pertama, iklan yang tak boleh skip.
Iklan yang tak boleh skip atau Non-Skippable-In-stream YouTube ads (panjang kan?) adalah iklan di mana anda pengguna tidak dapat skip. Pernah tak anda menonton satu video YouTube dan sebelum mula, ada iklan durjana yang tiada butang "skip" ? Iklan ini biasanya berdurasi 15 hingga 20 saat dan anda akan dibayar sebanyak 3 hingga 7 dollar bagi setiap 1000 views. Bayangkan anda dibayar 3 dollar sahaja untuk seribu views. Jika video anda mendapat 5 ribu views sehari, anda sudah buat duit sebanyak 15 dollar sehari. Sebulan duit anda sudah 450 (kalau 30 hari). 450 dollar dalam ringgit adalah RM1980 (masa ni, darab 4.4). Itu baru 5 ribu. Bagaimana kalau 10 ribu? Bukankah ini cara yang mudah untuk buat duit?
Kedua, iklan yang boleh skip.
Berbeza dengan yang tadi, iklan ni menyediakan butang skip. Admin tak tahu berapa banyak anda boleh buat dengan ni, tapi dikatakan ini adalah cara yang lebih baik untuk buat duit berbanding cara iklan pertama. Kenapa? Sebab penonton boleh skip iklan anda selepas 30 saat. Kalau tidak, penonton mungkin akan cenderung untuk keluar dari page atau unsubscribe channel anda. Tapi anda hanya akan dapat duit jika penonton menonton iklan selama 30 saat pertama atau sepenuhnya.
Ketiga, iklan dalam video.
Iklan akan muncul dalam video. Anda akan dapat duit jika iklan tersebut kena klik. Cara ni macam blog jugalah rasanya.
Keempat, iklan yang akan muncul di featured video page.
Iklan ni akan muncul di halaman featured video bersebelahan dengan video Youtube. Anda akan dapat duit jika ia diklik. Sama macam tadi, yang ini berkongsi cara yang sama.
Okey, cukup lah dulu. Nanti kalau ada masa, admin akan buat artikel cara buat duit dengan Youtube secara lebih terperinci. Pasal link cara nak join Youtube partner dengan adsense, ni link nya.... https://support.google.com/youtube/answer/72857?hl=en

No comments:
Post a Comment