Tuesday, 6 December 2016

Panduan Buat Duit Dengan Dropship

Sebelum kita bahas topik ni, mari kita ketahui apa kah itu dropship dan cara membuat wang dengannya. Bisnes dropship adalah bisnes di mana anda menjadi orang tengah yang mempromosikan sesuatu produk dan menjualnya serta berkomunikasi dengan pelanggan tanpa memerlukan bajet yang tinggi dan stok untuk menyimpan barang produk.

Anda juga bebas menetapkan harga sesuatu barang yang dijual. Misalnya harga asal dari pembekal adalah RM20, anda boleh menjualnya dengan harga RM35. Di situ, anda sudah untung RM15. Untuk lebih faham pasal bisnes dropship, baca cara sistem dropship di bawah.

Andai katalah anda seorang pemilik akaun Facebook yang terkenal. Anda ingin membuat duit dengannya melalui dropship. Jadi anda pun menjadi agent dropship sesuatu produk misalnya produk kecantikan. Anda hanya memerlukan gambar produk tersebut dan meletakkan butiran tentangnya. Apabila ada pelanggan yang ingin membeli, dia kena berkomunikasi dengan anda. Kemudian dia pun membayar anda. Tugas anda sebagai agent dropship adalah menghantar butiran pembeli seperti alamat dan nama berserta wang dengan nilai asal kepada pembekal. Maksudnya jika harga asal adalah RM20 dan anda jual dengan harga RM40, anda hanya perlu menghantar wang dengan nilai asal kepada pembekal iaitu RM20 tadi. Kemudian, pembekal akan menghantar terus produk mereka ke alamat pelanggan.

Kelebihan dropship di sini adalah anda tidak perlu menyimpan stok dan bebas mengenakan harga produk mengikut suka hati anda. Kekurangan dropship yang saya baca di blog-blog agent dropship adalah kadangkala stok dari pembekal tidak mencukupi atau habis dan merosakkan reputasi anda sebagai usahawan.

Lebih kurang begitulah maksud, cara, kelebihan dan kekurangan dropship. Namun, saya sarankan anda baca lagi mengenai maksud dan cara dropship di blog-blog lain. Sekarang, kita masuk topik panduan menjana wang dengan bisnes dropship secara online.

Biar saya berterus terang pasal buat duit dengan dropship. Bisnes dropship bukan bisnes 'durian runtuh'. Kadangkala, bisnes dropship hanya menyumbang sekitar ratusan ringgit sahaja, bergantung dengan teknik-teknik yang anda guna untuk dropship. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk menaip artikel ini untuk membantu anda serba-sedikit pasal bisnes online dropship.

Untuk memulakan dropship, perkara pertama yang anda harus anda lakukan ialah mencari pembekal-pembekal yang memerlukan agent dropship. Saya akan bagi dua sahaja iaitu http://www.handbagwholesale.my (produk aksesori wanita seperti beg tangan) dan http://digitalzone2u.com (produk barangan elektronik). Yang lain, anda boleh cari sendiri.

Bila anda sudah cari, BUAT KEPUTUSAN DENGAN BIJAK tentang dropship yang sangat sesuai dengan anda. Andai katalah anda mempunyai blog pasal fesyen, sudah tentu lebih bijak jika anda memilih bisnes dropship berkaitan aksesori wanita, atau lelaki atau kedua-duanya atau pondan. Takkanlah blog pasal fesyen tiba-tiba anda iklankan barangan penguat tenaga batin atau selai daripada fesyen. Bukan sahaja ia boleh menjejaskan niche blog anda, malah tidak sesuai dengan followers blog yang lebih minat fesyen.

Bila sudah buat keputusan, sama ada menggunakan medium seperti laman sosial (facebook dan sebagainya) yang sedia ada, atau membuat yang baru yang khas untuk menjana pendapatan dengan bisnes dropship anda sahaja. Saya akan cuba membantu anda sedikit menggunakan facebook.

Andaikatalah anda adalah 'selebriti tahap facebook' atau mempunyai page yang sudah cukup terkenal. Anda kenalah merancang dahulu bagaimana anda akan mempromosikan barangan dropship anda. Jika page anda terkenal dengan komik karya anda, apa salahnya anda membuat komik khas berkaitan dropship? Bila sudah rancang, barulah anda daftar sebagai agent dropship dan melakukan teknik dropship yang anda sudah rancang sebelum ini. Tapi ingat, jangan terlalu kerap mempromosikan produk dropship anda kerana ia boleh menyebabkan page anda "hilang tema asal" sekaligus mengurangkan peminat page anda. Cukuplah seminggu sekali atau sekali dalam setiap 10 post.

Bagaimana pula jika anda tiada akaun atau page facebook yang terkenal? Usah bimbang. Buatlah satu page Facebook yang memang khas untuk sesuatu produk sahaja. Kemudian, daftar sebagai agent dropship produk pilihan anda. Buat satu post yang mempromosikan produk tersebut dan sebarkannya dengan cara yang betul seperti menggunakan facebook ads (ia memerlukan wang untuk bayaran). Jika ada masa, saya akan buat artikel pasal facebook ads.

Tapi ingat, jangan menggunakan ayat yang melampau-lampau ketika promote produk. Betul ni. Bayangkan produk pasal ubat jerawat, tapi anda cakap produk ni boleh hilangkan jerawat batu dengan bekasnya selepas SEKALI GUNA. Biar betul...hmm.

Cara kedua, anda boleh gunakan blog. Blog sangat sesuai untuk membuat duit dengan dropship apatah lagi jika jenis produk dropship anda sesuai dengan tema blog anda. Jika anda mahir SEO, anda boleh membuat satu artikel pasal produk dropship anda. Ia akan lebih berkesan jika anda sendiri menceritakan pengalaman sebenar anda menggunakan produk tersebut.

Bayangkan, anda mempunyai blog pasal teknologi atau gadget. Kemudian, anda jual pula gadget elektronik seperti telefon pintar yang memang berkaitan dengan blog anda. Bukankah ia lebih berkesan?

Tapi, harus diakui menggunakan blog tidak begitu mudah jika blog anda belum cukup popular atau belum mencecah ribuan unique visitors sebulan. Anda kenalah bersabar dan 'menguatkan' blog anda dahulu sebelum menggunakannya untuk menjana wang dengan dropship.

Sekarang, ada sudah promote produk dropship. Tibalah masanya anda berinteraksi dengan orang yang ingin membelinya. Anda juga kena bersabar dengan perangai pembeli. Bayangkan, dah tulis dah cara nak order macam mana, masih ada lagi yang nak PM.

Pastikan anda meletakkan email atau nombor telefon/whatsapp untuk memudahkan pelanggan order barangan dropship anda. Pastikan anda sentiasa memeriksa email atau nombor telefon anda. Kalau boleh, ajaklah rakan anda dalam bisnes dropship supaya dapat memudahkan anda mengurus permintaan pelanggan. Pandai-pandai lah anda bergilir dengan rakan dalam perkara ni. Lima jam dia, lima jam anda.

Atau, jika anda forever alone dan tidak mempunyai cukup masa, tetapkan waktu lapang anda. Jika anda lapang dalam pukul 7 - 11, itulah masa anda uruskan tempahan. Pastikan anda sudah memberitahu waktu tempahan dalam iklan produk anda.

Kenapa interaksi dengan pelanggan penting? Soalan bonus! Jika anda baik, sopan dan sabar dalam melayan karenah pelanggan, anda akan lebih dihormati. Bayangkan jika anda tak hormat pelanggan walaupun dia salah, bukankah reputasi bisnes dropship anda boleh terjejas?

Nampaknya, soal kiriman kepada pembekal saya tak akan tulis di sini...

Sekarang, kita akan bincangkan cara mendapat ramai pelanggan. Di sini, saya akan menggunakan cara blog. Cara facebook, boleh guna facebook ads.

Bayangkan anda mempunyai blog bertemakan kecantikan dan kesihatan yang menerima ribuan pengunjug setiap hari. Hanya kerana anda sudah ada ribuan pengunjung dan followers tidak semestinya anda tidak memerlukan teknik dan panduan untuk buat duit dengan bisnes dropship.

Sebelum anda promote produk dropship anda, buat dulu artikel yang berkaitan dengan produk anda. Contoh, produk yang anda pilih untuk dropship adalah ubat jerawat. Buatlah satu artikel tentang cara-cara menghilangkan jerawat. Pastikan dalam artikel tersebut, anda ada mention produk dropship anda.

Tapi ingat, jangan guna ayat melampau macam, "kalau nak jerawat hilang dalam sehari, belilah produk ini. dijamin jerawat akan hilang dalam setengah jam dengan kulit muka sekali. untuk.....". Kenapa? Bayangkan, anda guna ayat macam tu, lepastu kesan sebenar dia lain. Anda yang harus bertanggungjawab. Guna ayat yang mudah contohnya, "saya dengar produk ni boleh hilangkan jerawat. kalau nak boleh hubungi....". Cara sederhana sebenarnya lebih berkesan dan lebih baik!

Anda juga boleh menggunakan widget blog untuk dropship. Bukan sahaja tak perlu banyak kali tulis artikel, tapi lebih memudahkan anda. Tapi perletakan widget mestilah betul iaitu tempat yang mudah dilihat pengunjung.

Boleh juga dengan cara mempromosikannya di dalam artikel. Caranya, anda kenalah buat satu artikel untuk mempromosikan produk dropship anda seperti ubat jeragat misalnya. Lepastu, buat satu lagi artikel seperti "punca jeragat". Di tengah atau bawah artikel tersebut, anda boleh buat satu ayat promosi berserta link ke artikel ubat jeragat yang anda pilih untuk dropship. Contohnya.. "hilangkan ubat jeragat dengan blablabla. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut". Mudah bukan?

Ia akan lebih berkesan jika anda memilih artikel yang betul iaitu yang berkaitan dengan produk dropship anda.

Apa-apa pun, itu sahaja dari saya. Harap, artikel ini dapat membantu anda sebagai panduan membuat duit melalui bisnes dropship. Jika ada kesalahan dalam artikel pasal dropship ni, harap pembaca perbetulkan dan nyatakan di ruang komen. Jika ada pertanyaan pasal bisnes dropship, tanya sahaja. Saya akan cuba membantu. 

p/s: admin bukan agent dropship.

sumber gambar : google images

1 comment:

  1. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete