Saturday, 16 January 2016

Apakah Yang Patut Dilakukan Ketika Fenomena El-Nino?

El-Nino secara ringkas adalah suatu fenomena semula jadi yang berpunca daripada peningkatan suhu laut di kawasan Khatulistiwa dan Lautan Pasifik yang menyebasbkan kemarau.

El-Nino berlaku secara tidak bermusim dan selalunya berlaku setiap 3 hingga 7 tahun. Apabila fenomena ini terjadi, ia boleh berlarutan selama 6 hingga 18 bulan.

Malaysia adalah antara negara yang sedang mengalami fenomena El-Nino. Lalu, apakah yang patut dilakukan ketika fenomena El-Nino?

1. Kurangkan Aktiviti Luar.
Anda tidak perlu banyak bersenam ketika fenomena ini. Tetapi, jika anda adalah seorang ahli sukan yang sedang berlatih, kalau boleh, berlatihlah ketika waktu petang atau malam atau awal pagi.

2. Minum Air Secukupnya.
Walaupun fenomena El-Nino boleh menyebabkan kekurangan air, anda masih memerlukan air yang cukup untuk diminum apatah lagi jika anda adalah seorang atlet yang sedang berlatih.

3. Jangan Terlebih Minum Air.
Walaupun anda perlu minum air yang cukup ketika El-Nino, tidak semestinya anda harus meminum air secara berlebihan.

Ingat, meminum air dengan jumlah yang terlalu banyak adalah punca 'mabuk air' yang boleh menyebabkan kematian.

4. Banyakkan Memakan Buah-Buahan Dan Air Yang Berkhasiat.
Buahan-buahan seperti jambu air dan tembikai sangat baik untuk dimakan ketika fenomena EL-Nino kerana berupaya menyejukkan badan di samping lebih sihat.

Selain itu, jus buah-buahan yang sejuk lebih baik diminum berbanding minuman-minuman yang kurang berkhasiat seperti minuman beralkohol.

Kurangkan daripada memakan makanan yang sejuk seperti ais krim supaya anda tidak jatuh sakit.

5. Kurangkan Merokok!

Merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah, ia juga boleh jadi sangat tidak baik untuk silaturahim.

Bayangkan, dalam cuaca yang sangat panas, tiba-tiba hidung anda terhidu bau rokok menyebabkan anda tidak selesa, rasanya sudah berapa kali anda bunuh perokok tersebut dalam minda anda?

Maka, kurangkanlah merokok bukan sahaja ketika fenomena El-Nino, tetapi juga sebaliknya terutama yang ada anak kecil atau penghidap penyakit resdung di rumah.

Tetapi, jika anda masih tak dapat menahan keinginan untuk merokok, merokoklah di tempat yang tiada orang lain kecuali anda. Risiko tanggung sendiri.


6. Hentikan Pembakaran Terbuka!
Sama seperti di nombor 5. Ia bukan sahaja menyebabkan permusuhan, malah ia juga akan menjejaskan alam sekitar. Hargailah alam sekitar kita!

7. Segeralah Berjumpa Doktor Jika Sakit.

Jika anda sakit, segeralah ke klinik atau hospital berhampiran. Jangan ambil ringan jika anda atau ahli keluarga anda sakit ringan. Mungkin sakit itu disebabkan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi.

8. Jangan Biarkan Nyamuk Membiak Dengan Mudah.
Fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca panas akan menyebabkan nyamuk-nyamuk termasuk nyamuk aedes lebih aktif. Jangan biarkan nyamuk-nyamuk ini membiak dengan mudah. Sila ikuti cara-cara menghalang nyamuk membiak di bawah.

(1) Jangan Biarkan Ada Air Bertakung Berhampiran Rumah Anda.

Ia adalah tempat untuk nyamuk-nyamuk bertelur. Bergotong-royonglah membersihkannya jika perlu. Jangan malu jika anda terpaksa membersihkannya sendiri. Usah peduli apa yang dikatakan orang. Anda melakukannya demi keselamatan keluarga anda dan orang lain.

(2) Gunakan Ubat Pembunuh Jentik-Jentik.

Ubat pembunuh jentik-jentik haruslah diletakkan di tempat-tempat takungan air seperti pam tandas, kolam, parit dan lain-lain.

Tiada jentik-jentik, bermakna tiada nyamuk.

(3) Bersihkan Laluan Air Hujan di Bumbung Rumah Anda.

Laluan air hujan di bumbung rumah biasanya tidak pedulikan oleh sesetengah penduduk sedangkan ia adalah salah satu tempat nyamuk bertelur.

Bersihkanlah laluan air di bumbung rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

(4) Jaga Kebersihan Kawasan Rumah Anda.

Jangan biarkan ada sampah merata-rata di kawasan rumah anda kerana ia boleh menjadi tempat nyamuk bertelur.

(5) Sembur Bilik Anda Dengan Penghalau Nyamuk.

Rasanya ni benda yang paling mudah dan paling banyak diamalkan. Tak bagitahu pun dah buat kan?
.
.
Baiklah, rasanya itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan. Jika anda ingin betulkan atau ingin menambah, anda amat dialu-alukan untuk memberi komen di ruang yang disedikan.

Sumber : wikipedia, blogger lelaki, mynewshub, themalaysianinsider, hisemudinkasim.blogspot, google images, otak admin.


1 comment:

  1. artikel yang anda buat sangat membantu permasalahan saya, terima kasih artikel bagus anda, artikel ini akan saya share di facebook dan twitter milik saya, jangan lupa kunjungi blog saya di cara menghilangkan jerawat - agen bola terpercaya - RAJATOGEL88.COM BANDAR TOGEL DAN AGEN TOGEL ONLINE TERPERCAYA - RAJATOGEL88.COM BANDAR TOGEL DAN AGEN TOGEL ONLINE TERPERCAYA

    ReplyDelete