Ramai yang bertanya kepada saya, "bagaimanakah cara untuk menulis blog?". Dia tak lah tanya betul-betul macam tu. Admin betulkan sikit tatabahasa.
Berbalik kepada topik, menulis blog sebenarnya agak mudah. Semuanya bergantung kepada anda dan jenis blog anda yang anda tetapkan.
Jadi, untuk menulis sebuah blog, anda mestilah menggunakan cara-cara yang betul. Berikut adalah teknik-teknik yang admin gunakan sepanjang menulis blog.
1. TENTUKAN JENIS BLOG.
Terpulang kepada anda nak blog macam mana. Jika anda mempunyai minat dalam gadget, tulis lah pasal gadget. Jika pasal artis atau dunia hiburan, tulis lah pasal admin (huhu).
2. TENTUKAN KEKERAPAN ANDA DALAM MENGEMASKINI BLOG.
Bilakah anda mempunyai masa lapang dalam menulis blog? Apakah jenis blog anda? Keduanya mempengaruhi anda dalam mengemaskini blog.
Jika anda lapang pada hujung minggu, isilah masa itu dengan menulis entri baru dalam blog. Tapi jika blog anda memerlukan artikel baru pada setiap masa contohnya seperti blog berita, maka anda mesti mengemaskini blog dengan lebih kerap dan lebih awal.
3. GUNAKAN KEYWORD YANG SESUAI DALAM ENTRI.
Penggunaan kata kunci atau biasa disebut keyword, adalah termasuk dalam teknik SEO. Admin tak boleh jelaskan lebih lanjut sebab admin pun masih belajar SEO. Bersama-samalah kita mendapatkan lebih pengetahuan tentang SEO.
4. TEMPLATE BLOG.
Template blog adalah rupa atau bentuk blog kita. Anda boleh mengedit sendiri template blog melalui blogger atau menggunakan template blog yang lebih cantik dari laman-laman tertentu.
Tapi ingat, jika anda menggunakan template yang bukan diedit sendiri, pastikan ia mesra SEO. Carilah di google dengan kata kunci, "seo friendly blogger template".
5. JAUHI KAEDAH-KAEDAH MENULIS BLOG YANG LUCAH.
Apakah kaedah-kaedah menulis blog yang lucah? Salah-satunya adalah menggunakan kata kunci atau tajuk yang terlalu lucah. Contohnya, "PANAS!!!! Anda Pasti Tak Percaya Gadis 16 Tahun Ini Sudah Tidur Bersama 6 Orang Dalam Satu Malam".
Hah...tengok tajuk bukan main lagi. Sekali baca, rupa-rupanya dia tidur bersama 6 orang bukan maksudnya "ehem ehem". Tapi cuma tidur satu bilik dengan 6 orang yang merupakan kawan dia.
Sikap menulis blog seperti ini haruslah dijauhkan supaya blog anda tidak digelar blog lucah atau blog mengada.
6. JANGAN TIPU PEMBACA.
Macam di atas lah. Tapi ni ada beza sikit. Contohnya, tajuk entri, "3 Foto Hantu Kambing Berjaya Ditangkap Di Jambatan Gantung".
Tapi bila baca isi, dia cuma bagitau jambatan gantung yang dimaksudkan kononnya 'keras' dan cerita-cerita seram manakala 3 foto yang dinyatakan di tajuk adalah foto jambatan gantung. Bukan hantu. Jilake......
Okay....hanya ini sahaja panduan yang admin boleh bagitau anda dalam menulis blog. Ingat, permulaan sentiasa sukar. Tapi bila dah lepas, semuanya menjadi mudah. Semoga anda dapat menjadi blogger yang disegani dan semoga blogger-blogger wanita yang cantik-cantik menjadi jodoh admin. Huhu.
No comments:
Post a Comment