Saturday, 28 November 2015

Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat atau dalam bahasa Inggeris, Acne Vulgaris adalah masalah yang sering dialami oleh setiap orang terutama remaja. Jerawat biasanya terjadi disebabkan pertumbuhan hormon ketika remaja sedang membesar.
Selain itu, jerawat juga di disebabkan oleh black heads (bintik-bintik hitam), white heads (bintik-bintik putih) dan minyak-minyak yang berlebihan di wajah.

Wait, how can black heads and white heads cause acne?

Bagaimana bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih menyebabkan jerawat?


Jawapannya, white heads atau black heads menyebabkan kecederaan tisu utama di bahagian muka. White heads akan berubah menjadi black heads apabila dicemari dengan kotoran. Black heads memang sukar dikeluarkan kerana ruang folikelnya lebih kecil.

Black heads mengandungi sebum iaitu bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak. Apabila kandungan sebum dalam ruang folikel bertambah, ia akan menyebabkan ruang folikel itu terhakis dari dalam dan membesar dan menyebabkan kecederaan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman yang akhirnya membentuk jerawat.

So, how to get rid of acne?

Jadi, apakah cara untuk menghilangkan jerawat yang lebih mudah?

1. CUCI MUKA TIGA KALI SEHARI.


Seperti yang dinyatakan, minyak adalah antara punca utama terjadinya jerawat. Sebab itulah kita harus cuci muka dengan lebih bersih dan lebih kerap sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Gunalah face cleanser atau pencuci muka yang sesuai dan lebih berkesan. Bagi saya, face
 cleanser yang lebih berkesan menghilangkan jerawat adalah Oxy.

2. KURANGKAN MEMAKAN MAKANAN BERMINYAK.

Makanan-makanan yang berlemak dan berminyak  boleh menyebabkan minyak di wajah yang kemudian membentuk jerawat. Sebab itulah kita harus kurangkan memakan makanan yang berminyak.

Jika boleh, makanlah makanan berasaskan sayur sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.




 3. BANYAKKAN BERSENAM UNTUK MENGELUARKAN PELUH.

Apabila peluh keluar dari tubuh, kotoran-kotoran tubuh juga ikut keluar melalui peluh. Senaman juga baik untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit. Bersenamlah sekurang-kurang 30 minit seminggu.

Tapi ingat, pastikan ada cuci muka setelah berehat sebentar dari melakukan senaman.






4. PICIT JERAWAT DENGAN KAEDAH YANG BETUL.

 Jika anda sudah tidak dapat menahan diri untuk menghilangkan jerawat melalui picitan, pastikan anda melakukan kaedah-kaedah yang betul seperti di bawah:

1) Pastikan jerawat sudah cukup matang.

2) Ambil sehelai tisu atau kain bersih lalu tekapkan di atas jerawat yang ingin dipecahkan.

3) Picit jerawat yang ingin dipecahkan dan pastikan nanah jerawat tersebut terkena di tisu/kain bersih dan bukan di muka.

Cara ini tidak digalakkan untuk menghilangkan jerawat kerana boleh menyebabkan parut jerawat dan jeragat.

5. GUNAKAN GEL ALOE VERA (LIDAH BUAYA).
Aloe Vera mengandungi sejenis gel atau lendir yang berkhasiat untuk menghilangkan jerawat. Gel Aloe Vera boleh didapati di pasaran. Pastikan gel Aloe Vera dibeli dari sumber yang sah dan dipecayai ramai.

Jika anda tidak ingin membeli gel aloe vera, anda boleh mendapatkannya sendiri melalui tumbuhan aloe vera atau lebih dikenali sebagai lidah buaya.


6. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR.

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang teruk, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan cara menghilangkan jerawat yang lebih berkesan.

Biasanya, doktor akan memberi (suruh beli sebenarnya) anda sejenis ubat jerawat yang biasanya dalam bentuk ubat sapu. Pastikan anda menggunakan ubat tersebut mengikut arahan doktor.

No comments:

Post a Comment