Mesti ramai di antara anda yang tertanya, apakah teknik-teknik untuk buat duit dengan Nuffnang yang lebih berkesan. Ia adalah persoalan yang biasa bagi para blogger terutama yang menggunakan Nuffnang.
Nuffnang adalah syarikat pengiklanan yang menawarkan bloggers untuk membuat duit. Untuk membuat duit dengan Nuffnang, kita memerlukan teknik-teknik tertentu.
Apakah teknik membuat duit dengan Nuffnang? Ayuh kita baca.
Sebelum anda mendaftar akaun Nuffnang, pertama sekali yang perlu ada pada blog anda adalah trafik yang baik atau cukup memuaskan. Trafik yang memuaskan, menjamin pendapatan blog yang memuaskan.
Jika anda sudah mempunyai trafik blog dan akaun Nuffnang, boleh lah anda mula menggunakan teknik-teknik untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang.
Pertama sekali anda perlu tahu bilakah waktu iklan dari Nuffnang muncul pada blog anda. Menurut beberapa blogger, iklan Nuffnang biasanya muncul pada petang, lewat malam, dan tengahari. Saya tidak begitu pasti sebenarnya jadi, anda kena kaji sendiri dengan kerap memeriksa blog anda.
Apabila anda mendapati iklan Nuffnang sudah muncul, maka waktu itulah anda menulis post untuk blog anda. Lebih elok, jika anda tulis dahulu post dan disimpan sebagai draf kemudian publish apabila iklan Nuffnang sudah keluar. Ini supaya anda tidak tergesa-gesa.
Tapi jika anda seorang yang pantas, anda boleh buat tulis post yang sangat berkaitan dengan iklan Nuffnang yang keluar. Sebagai contoh, jika iklan Nuffnang yang keluar berkaitan iklan Trivago, maka waktu itulah anda tulis post berkaitan Trivago.
Ingat, anda kena pantas jika dalam situasi ini. Pantas tidak bermakna post anda tidak berkualiti atau tiada kata-kunci yang baik.
Kekerapan menulis blog itu penting untuk menjana trafik. Semakin banyak post, semakin banyak trafik, dan semakin banyak lah juga orang yang mungkin klik iklan Nuffnang di blog anda. Dan dalam masa yang sama, semakin bertambah lah duit Nuffnang anda. Teknik ini agak mudah jika anda tidak malas.
Perletakan iklan Nuffnang itu juga sangat penting. Teknik ini sangat biasa dilakukan oleh para bloggers kerana teknik ini agak mudah iaitu jangan meletakkan iklan Nuffnang di tempat yang sukar dilihat pengunjung blog.
Ada diantara bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang di dalam atau di tengah post. Cara ini sebenarnya agak licik untuk membuat duit dari Nuffnang atau website pengiklanan yang lain.
Ini kerana, ia akan lebih membuatkan pengunjung untuk klik iklan yang ada di dalam post anda. Ramai bloggers sengaja tulis panjang-panjang sebab dia tahu, pengunjung akan berasa bosan dan akan klik iklan atau link untuk 'keluar' daripada post yang membosankan yang ditulis mereka.
Pernahkah anda terdengar tentang membuat duit blog dengan teknik pop ups? Cara ini, memang berkesan namun ia boleh merosakkan reputasi blog anda. Saya sarankan, hindarilah teknik pop ups iklan Nuffnang atau lain-lain kerana anda mungkin akan tidak disukai pengunjung dan dihindari mereka.
Tetapi, jika anda adalah pemilik blog yang...hmm..."tajuk lain isi lain", atau blog yang..."tajuk 18+ tapi isi 18-", saya sarankan, anda gunalah teknik pop ups untuk dapat duit blog.
Pengunjung tidak akan rasa jengkel dan kalau ya pun, mereka masih tetap akan klik iklan agar dapat segera membaca artikel tipu yang anda tulis. Mungkin agak kejam, tapi apabila sudah dikuasai nafsu, rasa ingin tahu yang tahu yang melampau........pengunjung sentiasa mudah dikawal.
Tapi, blog anda tetap berisiko untuk jatuh reputasi. Anggaplah sajalah blog itu adalah "lubuk duit haram". Kenapa saya cakap "haram"? Biarlah rahsia...
Walaubagaimanapun, teknik terbaik untuk dapat duit dari Nuffnang adalah dengan mempunyai SEO yang baik, blog yang sah, isi yang berkualiti dan trafik yang banyak. Teknik ini adalah teknik paling asas untuk buat duit dengan Nuffnang.
No comments:
Post a Comment