Sunday, 10 January 2016

10 Fakta Tentang Populasi Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

fakta+populasi+anda+tidak+tahu
1. Walaupun Kanada negara kedua terbesar dari segi keluasan, namun, jumlah populasi Kanada (lebih 34 juta) tidak setanding dengan jumlah populasi Thailand (lebih 67 juta).

2. Jumlah populasi Indonesia adalah lebih 253 juta, lebih banyak berbanding jumlah populasi Rusia iaitu lebih 142 juta.

3. Jumlah populasi Amerika Syarikat sahaja sudah lebih 320 juta, lebih banyak berbanding jumlah keseluruhan populasi Thailand, Vietnam, Singapura, Malaysia, Laos dan Myanmar iaitu lebih 259 juta.

4. Jumlah populasi seluruh Eropah pada tahun 2013 adalah 742.5 juta, lebih sedikit berbanding jumlah populasi India yang mana semua orang tahu mencecah 1 bilion.

5. Populasi Antartika dianggap kosong kerana tiada penduduk asal di situ.
6. Alaska dan Hawaii adalah sebahagian daripada wilayah Amerika Syarikat dan jelas sekali, Alaska jauh lebih luas berbanding Hawaii. Namun, jumlah populasi Hawaii pada tahun 2014 adalah sebanyak 1.42 juta manakala jumlah populasi Alaska pada tahun 2014 hanya 736 732.

7. 80% daripada populasi Jepun lahir selepas perang dunia kedua.

8. Populasi California pada tahun 2014 adalah 38.8 juta, manakala populasi Malaysia adalah 30.7 juta, lebih sedikit berbanding negeri ini.

9. Jumlah keseluruhan populasi Sabah dan Sarawak adalah lebih 6.1 juta, manakala jumlah populasi New York City, ibu kota New York adalah lebih 8 juta.

10. Jumlah populasi daerah Tuaran, Sabah pada tahun 2010 adalah 102,411, jauh lebih banyak berbanding populasi negara Palau iaitu lebih 20 ribu.

Credits to : blogs.wsj.com , wikipedia, www.globalfirepower.com, google search.

No comments:

Post a Comment