Thursday, 5 November 2015

10 Pernyataan Yang Boleh Buat Anda Rasa Seram

1. Anak saya menangis bila saya bakar patung yang diletakkan di sisinya setiap malam. Dia tidak tahu, bukan saya yang letak patung itu.


2. Kawan saya menelefon saya, memberitahu yang dia akan datang menjenguk saya. Kemudian, saya dapat khabar berita yang dia sudah meninggal dunia sejak semalam.

3. Saya ceritakan sebuah cerita kepada anak saya tentang seorang bayi yang keluarganya dibunuh dan diambil sebagai anak angkat oleh si pembunuh. Dia langsung tak tahu si bayi yang dimaksudkan adalah dia.

4. Lily selalu bermimpi buruk di mana dia diperkosa oleh ibunya. Tak sangka, sungguh berkesan dadah yang digunakan ibunya.

5. Jiran sebelah pangsapuri saya selalu bergaduh setiap malam. Suatu hari, saya dapat tahu yang mereka sudah lama meninggal dunia.

6. Anak kecil saya selalu bercakap seorang diri. Bila ditegur, dia memberitahu, dia sedang bercakap dengan seorang wanita berambut panjang.

7. Saya selalu jumpa rambut gugur yang panjang di rumah saya. Tapi, saya tinggal seorang diri dan kepala saya botak.

8. Saya berterima kasih kepada isteri saya kerana menghidangkan saya mee goreng untuk saya semalam. Dia memberitahu yang semalam dia tiada memasak dan mee sudah lama habis.

9. Sungguh berselera anak saya memakan nasi berlauk daging masak kicap. Tak sangka kawannya begitu sedap.

10. Saya terjumpa kawan saya di sebuah pasaraya. Dia tanya, "bila bayar hutang?".

Senyum nampak......besok jangan menjerit tau.
.
.
.
Tau takut. Admin bergurau lah.

Jom, layari blog Di Alam Lain di http://di-alam-lain.blogspot.com , untuk mendapatkan updates mengenai cerita seram dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment