Tentu ramai di antara anda sudah pernah mimpi buruk. Mimpi buruk ni tidak semestinya pasal hantu, kekadang, ia adalah mimpi seram yang kita tidak suka atau takut seperti sedang dikejar oleh seorang pembunuh. Ya, saya pernah bermimpi seperti itu.
Dulu, ketika saya masih kanak-kanak, saya selalu mimpi buruk terutama pasal hantu. Kebetulan dulu keluarga saya suka menonton filem-filem seram yang mungkin menjadi faktor saya mendapat mimpi seperti itu.
Tetapi, lama-kelamaan, saya sudah jarang bermimpi buruk. Salah-satu faktornya adalah umur.
Semakin umur kita meningkat, semakin kurang ketakutan kita terhadap benda atau makhluk paranormal seperti hantu. Malah, ada yang semakin berminat dan mengkaji dengan benda-benda paranormal sedangkan dahulu dia adalah seorang penakut.
Tapi, bagaimanakah cara saya yang sebenar-benarnya untuk mengatasi mimpi buruk?
Jawapannya adalah, dengan berani berhadapan dengan mimpi tersebut.
Tak faham? Biar saya jelaskan.
Selalunya, orang yang tak nak mimpi buruk akan berasa takut dan berkata di dalam hati sebelum tidur, "janganlah mimpi buruk" atau, "harap-harap saya tidak mimpi hantu".
Sedarkah, ada di antara anda yang mula berfikir pasal benda-benda yang menyeramkan bila ada keinginan untuk tidak mimpi buruk? Lebih teruk, ada yang mula berasa takut.
Pada pendapat saya, mungkin itulah faktor kenapa anda bermimpi buruk, iaitu rasa takut atau bayangan-bayangan yang menakutkan yang bermain di minda.
Lalu, apakah cara saya untuk mengatasinya?
Senang, saya hanya perlu beranikan diri!
Jangan simpan rasa takut untuk mendapat mimpi buruk. Jangan ada keinginan untuk lari dari mimpi buruk. Kalau saya, saya akan cakap dalam hati, "lantak lah kalau mimpi buruk atau mimpi hantu. Tapi kalau ya pun mimpi hantu, biarlah hantu yang cantik sikit".
Tapi ingat, ia bukan untuk anda berasa angkuh. Tetapi hanya untuk menghilangkan ketakutan tersebut dan belum tentu ia berkesan seratus peratus.
Cukuplah sampai di sini sahaja dulu. Nanti saya akan sambung bahagian kedua dengan tajuk yang berbeza. Silakan follow blog saya. Jika ada pertanyaan, anda dialu-alukan untuk bertanya melalui ruangan komen.
No comments:
Post a Comment